Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul -2014

Assalamualaikum. sempena dengan sambutan Maulidur Rasul esok, aku saja nak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan Rasulullah. Tahu tak kenapa tahun kelahiran Rasulullah dipanggil Tahun Gajah.? ini adalah kerana, Rasulullah lahir pada tahun yang sama dengan tahun berlakunya peristiwa Tentera Bergajah Abrahah yang datang untuk memusnahkan Ka'abah tetapi dikalahkan oleh Tentera Burung Ababil yang dihantar oleh Allah iaitu pada tahun 571 Masihi  [Kisah yang diwahyukan dalam surah al-Fiil, 105] 

terdapat banyak cerita-cerita tentang Rasulullah S.A.W yang patut kita ketahui, kerana beliau adalah kekasih Allah dan tahukah anda, sesungguhnya orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepada baginda.

tak susah pun untuk berselawat dan mengingati baginda dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. seperti aku, aku selalu amalkan selawat kepada Rasulullah setelah selesai mendirikan solat. aku juga akan menyapu tangan kemuka aku dan selawat keatas Baginda sebanyak 3 kali, itulah rutin yang aku akan buat setelah selesai solat dan juga sebelum tidur. tak susahkan? walaupun 3 kali sehari pun tak mengapa, jika diamalkan setiap hari boleh jadi banyak kita berselawat keatas dan mengingati baginda :) selamat beramal 

“Selawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai Kekasihku”

“Letakkan Rasulullah didalam hati kita, insyaAllah kita tidak akan kena azab oleh Allah SWT” - Sheikh Azhar Hashim

“Semoga Allah memberi kita perasaan kerinduan yang sangat dalam kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam” - Al-Habib Ali Zainal

selamat menyambut Maulidur Rasul. moga kita sama-sama mendapat keberkatan inshaAllah ameen

xoxo NadiaOth

No comments:

Post a Comment