Friday, September 28, 2012

cAkAp biAr elOk ^^


salam and hye there !

okay lets talk about the reality 
kalau hampa marahkan, mulut mesti nak maki hamun cakap benda semua yang gempak2
termasuklah diri I ni kan haha (uppss)
ala..semua macam tu, kalau dah marah tu semua nak keluar
macam dah perkara biasa dah tu

cuba imaginelah kan ....
muka awek ni cun, nampak sopan teruk ni lepas tu 
dengan secara tiba-tibanya dia mengeluarkan kata-kata yang kesat =..=
gilalah mesti hampa terus reject dan mulut sambil mengutuk awek tu kan
haha..."apalah budak tu, muka saja lawa tapi mulut....adoai"
tak boleh blah r time tu

by the way bawah ni ada lah kata-kata yang sopan dan boleh kita amalkan 
janganlah nak mencarut bagai apa semua and nak marah pun beristighfar sajalah

ya..okay fine
memang cakap senang but hakikatnya aq pun sama duk buat 
as a human, aq belajar dari kesilapan
we can't be perfect right :)
aq taknak lah nanti buat2 kerja melatah mencarut bagai
adusss jatuh saham kalau mak mertua dengar tak ke kena reject terus haha

apa-apa pun jom kita amalkan ye 
jangan mencarut or cakap benda-benda yang merepek
as example OMG, Oh my Gucci, Oh my Channel and bla bla bla
adui2 rosak bahasa =..=

from now on, 
change it okay
"nadia! ang pun sama okay !! >_<"





xoxo:NADIAOTHMAN 

Wednesday, September 26, 2012

jAngAn !


untuk kaum ADAM diluar sana...beringat-ingatlah...
hati perempuan ni lembut dan mudah jatuh hati ^^v



xoxo:NADIAOTHMAN

Tuesday, September 25, 2012

Kasihku Abadi

walaupun lagu ni berkurun lamanya sudah diputarkan tetapi aq still suka. Lirik yang penuh makna buat diriku :)

Kasihku Abadi ^^


Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan 

Dan kedamaian di hati 

Ku harap hanya keikhlasan 
Dan ku rindukan keramahan 
Aku inginkan kemesraan 
Berkekalan berpanjangan 

Mengasihimu, dikasihi 
Menyayangimu, disayangi 
Merindui dan dirindui 
Saling mengerti di hati 

Biar hilang kabus di wajahku 
Biar tenang resah di dadaku 
Terimalah serta kabulkan harapan ini 
Oh Tuhan 

Ku melafazkan kata penuh makna 
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah 
Hidup mati jodoh pertemuan 
Ditentu Allah yang Esa 
Perkenankan hasrat di hatiku 

Moga impian kan dirahmati 
Dipertemukan serikandi 
Susah dan senang sama harungi 
Demi cinta yang hakiki 
Oh...


xoxo:NADIAOTHMAN

Saturday, September 22, 2012

we ♥ PROPHET MUHAMMAD S.A.W




Assalamualaikum wbt.
hampa dah tengok youtube yang omputih buat untuk memeprsendakan Rasulullah S.A.W?
'Innocence of Muslim'
aq pun tak tengok lagi, tapi ramai kata tak payah tengok pun takpa, 
sebab memang kurang ajar gila, dah tu lucah pulak tu..
hari tu ayah aq ada jugak cakap pasal ni, hati aq rasa sebak sesangat dan aq geram gila bila ayah aq cerita 
depa hina Rasulullah sampai macam tu sekali.
memang bukan setakat ni saja depa hina Rasulullah dah pelbagai cara depa duk buat 

lagipun motif depa buat semua ni saja nak provoke orang-orang Islam
lepas tu bila orang Islam naik hangin bunuh apa semua, katalah orang Islam pengganas
"terrorist. terrorist!"
bukan aq nak sokong bunuh membunuh dalam Islam ni..
tapi dengan cara depa provoke orang Islam macam ni memang tak adil
lagipun para ulama' kita menyarankan supaya tidak keterlaluan, 
ni semua nak melindungi nama ISLAM..

however, 
kalau sesiapa tengok cara depa mencemarkan nama Rasulullah memang tak patut betul
kita sebagai orang Islam bila dah tengok atau dengar pun, 
secara automatik terasa tercabar, sakit hati, sedih, ahh semua ada r!
(@!#$%^&!!!!!)


secara tidak langsung, kita dapat tengok bukti betapa cintanya orang Islam kepada Rasulullah SAW
kita bersatu untuk melakukan provokasi untuk menuntut keadilan
ayah ada jugak cakap di sebuah universiti kat luar negara
depa ada buat satu talks atau ceramah, atau lecture aq takpasti
tajuk memang khusus tentang Rasulullah, keperibadian Baginda, semua tentang Baginda
ni semua hanya nak memperbaiki nama baginda kepada mata-mata kafir ni
memang tak semua yang jahat dan ada yang still boleh respect

by hook or crook
we must respect every religion ..

sabda Rasulullah:
"kamu bakal mengikut jejak langkah umat2 sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hingga jikalau mereka masuk lubang biawak seklaipun kamu menegkori mereka."
para sahabat baginda bertanya:
"wahai rasulullah, apakah yahudi dan nasrani yang enkau maksudkan?"
lalu rasulullah berkata, "siapa lagi kalau bukan mereka"

(hadis riwayat Muslim)





(maaf jika terkasar atau ayat berbelit2) ^^
xoxo:NADIAOTHMAN


Sunday, September 16, 2012

business oo business

salam and hye there !
first of all i wanna wish HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA !! :)
i'm proud to be Malaysian, yeah!!

okay hari ni cuti just lepaking kat rumah
takde benda nak buat pun
boringg~~ haha
dalam keboringan aq tuh, tetiba idea datang
*_* ( dalam hai ni berkata )
apa kata aq buat business kat hostel..
juallah apa-apa, dapat jugak untung kan
boleh joli-joli nanti :)
tapi aq tak pasti nak buat niaga apa lagi
what kind of business aq nak buat
mungkinkah:


TOP-UP:



DADIH:





AKSESORI WANITA:





hehe macam-macam aq nak niaga ni tapi tak tahu yang mana 1 nak buat
p/s :* anyone can give me any suggestion?
i appreciate it :)
dulu time kat kolej active jugak lah dalam business ni
kata budak marketing kan mestilah kena meniaga :)
dulu aq buat business makanan macam;
potato wedges, ball ketam, ball ikan , ball sotong and etc.
untung jangan cakaplah berlambak kot, enjoy je bila ada duit 
business oo business :)
$_$ $_$ $_$

xoxo: NADIAOTHMAN







Saturday, September 15, 2012

14 signs of your soulmate

14. You argue and fight with them, but still can't get them out of your mind...


13. When you're on the phone with them late at night and they hang up but you miss them already when it was just five minutes ago...


12. You read their texts over and over again... 

11. You walk really slow when you're with them...


10. You feel shy whenever you're with them...


9. When you think about them, your heart beats faster and faster...


8. You smile when you hear their voice...


7. When you look at them, you can't see the other people around you... all you see is him/her...


6. You start listening to slow songs, while thinking of them...


5. They become all you think about...


4. You get high just from their scent and closeness...


3. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them...


2. You would do anything for them...


1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.....



p/s: ehem..ehem who's in your mind ? ^^

rAhsiA mimpi

salam and hye there !
hehe hari ni just nak share tentang rahsia mimpi 
yang mungkin kita tak tahu apa maksud disebalik mimpi tersebut.. ^^


Bermimpi nampak syurga -alamat akan menjadi orang yang mulia
Bermimpi langit pecah - alamat negeri akan dirampas orang
Bermimpi berenang di sungai - alamat niatnya tidak akan terkabul
Bermimpi berjalan di sungai - alamat akan bersedih

Bermimpi sedang belayar - akan dalam pkerjaan dan usahanya berjaya
Bermimpi bertunang - akan kawin cepat pada tahun ini
Bermimpi hisap rokok - akan mencapai puncak kejayaan
Bermimpi menggosak baju - alamat kebahagiaan dalam rumah tangga
Bermimpi membayar zakat - alamat tidak pernah kekurangan wang
Bermimpi menjadi ketua pejabat- alamat akan maju dalam soal kewangan
Bermimpi membaca Al-Quran - khabar baik akan datang kepada anda
Bermimpi tentang patung - akan memperolehi kemakmuran
Bermimpi melihat permaidani - akan memperolehi keuntungan
Bermimpi makan daging gajah - akan dapat rezeki
Bermimpi melihat harimau - kejayaan atas apa yang diusahakan
Bermimpi melihat kerbau - beroleh kebajikan

** Tafsiran semata-mata, apa yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T






xoxo: NADIAOTHMAN

Friday, September 14, 2012

buAt yAng bernAmA wAnitA :)


Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”
Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar  nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi
Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri
Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana
Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia
Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
p/s: nurkilan dari blog seseorang saudara yang amat menghormati wanita :) and ada video yang boleh kita berkaraoke bersama ...enjoy :)
By inteam: impian kasih 
xoxo:NADIAOTHMAN

Tuesday, September 11, 2012

.. suArA hAti melAlui gAmbAr ..



















bestnye....





memang niat ni tak mahu couple, nak ja kahwin terus..
tapi hati ni Entahlah sukar nak tafsirkan..
insya-allah kalau boleh biarlah aq tak couple 
and dapat kenal2 or kawan2 terus ja ajak kawin boleh tak macam tu :)
(tapi biar kawan yg betul2 bukanlah yg hanya nak main2)
 i wish i could ^^
semua suratan takdir 

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: � Jadilah engkau! �. Maka ia terus menjadi. Ya-Sin, 82.

lagipun hanya kita yang merancang dan Allah yang menentukan..
semoga dOa aq termabul 
insya-Allah

xoxo: NADIAOTHMAN




Friday, September 7, 2012

yuna in hOmecOming !

salam and hye there !


serius ! yuna nak datang penang?
buat konsert di penang?
kat penang times square pada 10/11/12 
tak lama ja lagi tu
aq nak pi..! aq nak pi..!
haha jadi gila sat
aq memang big fan YUNA ni
rasa rugi pulak kalau tak pi, selalu buat kat KL bukan dapt pi pun
ni dah alang2 dekat penang, aq takkan lepaskan peluang ni haha
(excited terlebih plak)
minggu depan (11-13/09) diorang ada buat roadshow kat USM
(sapa nak tempah mai kat aq) haha 
senang sikit aq nak beli tiket 

10 nOvember pun tarikh dia memang kena sangatlah, time tu pun aq tengah mid-break ! 
walaweyhh ~~~
insya-ALLAH dapat pergi :)

xoxo:NADIAOTHMAN

2013

Salam and Hye there ~~
Masuk yang ni aq dah buat entry yang kedua untuk hari ni
Okay untuk entry ni, bagi aq best kot haha
Sebenarnya takdak apa sangatlah juz aq happy bila dengar khabar2 yang menggembirakan
(ayat campoq sikit harap fahamlah ya)

ramai kawan aq dah plan nak menamatkan zaman bujang pada tahun 2013
tahun ni pun ada jugak, 2 tahun akan datang pun ada jugak

dalam tahun ni aq dengar ika nak tunang and mungkin tahun depan dia akan kawin
wow ! best gila
mesti pakwe dia yang tak sabar2 dah tu hehe

then kak nadia pula rancang tahun ni ataupun tahun depan
harap2 tahun depanlah.. boleh aq jadi dayang intan payung coz cuti sem :)
tu pun kalau dia buat bulan 2 (hope so)

pipah pulak aq tengok kdua2 family dah bagi green light and hari tu status kata mungkin tahun depan
ermm apa cita? betoika tahun depan cik pah oi :)
kalau betoilah aq tumpang gembira

adik niesa kita pula mungkin lagi 2 tahun
tu pun dah dapat green light gak tu
adik oi ko nak langkah bendul ea, kawin dulu sebelum akak ye hehe
(kawin lah adik oi akak takdak calon lagi, lain macam hang tu dah ada :) )

dah lepaih adik, eton pun duk kata 2 tahun lagi nak bertunang..
bagus..bagus..bagus... hehe
dia pun dah lama couple so baguslah cepat2lah bersatu padu hehe

chan kyn sorang tu aq tak tahulah
kakak dia dah nak bertunang tahun depan, dia tak tahulah
bukan apa diorang dah plan, nak kawin pada hari yang sama :)
kyn, suruhlah baba masuk minang cepat sikit hehe

mira pulak mesti tunggu buah hati dia habis belajar baru kawin kot
tu pun tak lama je lagi tu
tup2 dapat kad kenduri mira and **** hehe

last and but not least my ex roommate
nied aka keding hehe (jangan marah nied)
ko bila nak kawin? bertunang ka? haha
suruh anak2 ikan ko masuk minang cepat



yang semua nama2 kat atas ni baru kawan sekolej aq belum sekolah, U, tadika
haha kalau nak mentioned penuh la entry ni
apa-apa pun aq happy dengar berita member2 aq nak kawin ni
tak lupa juga tahniah ! untuk kawan2 aq yang dapat baby tahun ni !
anak korang memang tomey2 belaka :)

aq pulak.. kawin? lambat lagi kot...
jawapan dia coz calOn takdak ..elek...
haha...susah kot nak cari lelaki yang betol2 nak kat kita terima diri kita ni
kawan ramai tapi yang nak kearah serius tu belum ketemuk lagik ya buk
(hamboih teruk bunyi tu haha)

orang kata kalau masuk U senanglah cari ja kat U 2 ramai
ramai apa, aq tak nampak pun haha
mungkin aq ni jarang kot nak cakap2 ngan laki
kalau nak hangout pun semua gugurl ja




ramai yang kata suruhlah ibu atau ayah aq carikan
hmm.. aq kena hentam lagi adalah
awat dah gatai sangat kah nak kawin...(ayat ibu aq. haha)
bukan gatai pun ibu saja nak melawak :)
apa2 pun biarlah jodoh tu sampai dengan sendiri
malaih aq nak pikir
jodoh and ajal terletak ditangan tuhan, so aq tawakal ja :)
dOakan aq ye hehehe

xoxo: NADIAOTHMAN


22 not 12

salam and hye there !
okay berkenaan dengan title diatas, that is 22 not 12
that means aq dah umur 22 y/O and i'm not 12 y/O. got it?
mesti hampa duk tanya apa masalah dia kan..heee
saja nak mentioned umur aq tak salah kan..haha

okay cerita dia macam ni since rayalah. 
kalau pi rumah sedara atau rumah kawan-kawan ayah
mesti diorang tanya ni anak last ka? ni darjah berapa? dah habis belajar? bla..bla..bla..
aq dah penat! adik2 aq semua pakat duk gelak kat aq (kan dah keluaq utara)
yalah mana taknya aq kakak sulong yang kawan2 ayah aq pi tanya aq ni darjah berapa?? what??
(gelak sat, hahaha)
kalau berdiri depan cermin tiga2 orang lagilah
memang bahan utama aqlah, aq kakak pun depa buat aq macam adik2 depa pulak =..=

time kawan ayah aq mai rumah tu lagilah
aq hidang air, depa duk tanya yang mana satu belajaq kat U?
ayah tunjuklah aq, depa kata kecik ni yang belajaq kat U
adoai sabar jelah, aq hanya mampu tersenyum menahan malu
dahlah anak makcik tu pun tak percaya aq ni belajaq kat U
nasib badan =.=

jiran aq lagi best
syok2 aq duk sapu kat luaq, nampak ja dia keluaq aq senyum la
memandangkan dia jarang balik rumah dia tu aq segan sikit lak nak cakap banyak
tetiba dia tanya,
makcik: "sekarang dah darjah berapa?" 
aq kata la : "saya dah habis belajar makcik.."
makcik: "la yaka makcik ingat adik kamu tadi" 
pandai betOi makcik buat lawak kan, macam aq kata tadi dia jarang balik rumah dia, so dimaafkanlah

lagi satu story bila aq pi aktiviti anjuran sekolah adik aq
masa pendaftaran, waris kena pi daftarlah kan
aq berdiri ja belakang ibu aq sementara nak tunggu ibu aq daftar
then cikgu tu panggil, 
cikgu: "pelajar daftar kat sini ya.."
aq: "bukan2 ...(dengan reaksi nak gelak+ confused+ geram..) haha
cikgu: " ni kakak ea, sorry2 " 
cikgu tu pun gelaklah, dia punya ingat aq ni student dia
haha.. aq pun tak leh nak kata apa 
tak nampak aq punya pakai jubah..kan dah nampak matured kot, still ingat aq sekolah rendah lagi T_T

banyak lagi incident lawak kalau aq cerita 
tak masuk kat kolam renang lagi..tapi tu tak payah cerita lah
jumpa dengan budak2 sekolah rendah and menengah jangan cakaplah
jadi bahan hiburan lOrh apa lagi, tambah2 budak lelaki macam nak kena hempuk ja 
tapi yang best ada kawan2 aq kata muka aq tak berubah still maintain macam darjah dua yang dulu haha
tak habis2 darjah..darjah
aq dah besar lah 22 tahun! :)

apa-apa pun aq still bersyukur dengan apa yang ALLAH beri kat aq
ALLAH dah jadikan aq macam ni dan aq bersyukur sesangat 
kalau ada orang duk tanya darjah berapa,
 aq kena sabar jelah and SMILE :)

ibu and ayah aq pun kata baguihlah awet muda 
muka tak makan dik usia kan.. 
semua orang duk kata darjah2 kat aq semua tu bagaikan doa gak tu
sebab tu aq duk maintain ja hahah
(perasan sat)...^_^


xoxo: NADIAOTHMAN


Wednesday, September 5, 2012

doa - doa :)


Doa untuk memudahkan sebarang urusan:




Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.



Doa ketika dukacita dan sedih:




Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.



 

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


sekadar berkongsi
selamat beramal :)

xoxo:NADIAOTHMAN

Tuesday, September 4, 2012

tAk tAhu kEnApA ?!

Dimulakan dengan 

hye uOlls !

Ermm aq tak tahulah kenapa ngan aq ni

hampa pernah tak rasa hati macam tak tenang, berdebar2 ? ? 

perasaan macam ni aq akan rasa kalau time nak presentation atau nak dekat exam je lah

tapi sekarang bukannya time nak amik exam ke wat presentation ke

pelik tOl aq, tak suka betOllah! mungkinkah perkara buruk akan berlaku kat diri aq ni?

rasa macam nak menangis pun ada, menjerit,

Aih macam2 lah. pening kepala aq nak pikiaq.

still tak berapa tenang walaupun dah baca ayat2 suci 

apa yang tak kena ngan aq ni, Ya Allah 

semOga perasaan ni hilang serta merta cOz aq tak larat nak tanggung lagi 


xoxo:NADIAOTHMAN





jOm nyanYi sekali !


Aku suka dia
Tapi aku tak tahu untuk
Bilang kepadanya bila aku suka
Jatuh cinta kepadanya
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Dia cinta yang pertama
Dia yang bisa membuat aku
Merasa deg-degan berdebar di dada
Diam saat mengingatnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Aku yakin diriku
Nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku cinta kepadaku
Dan kita akan jadian

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya




xoxo:NADIAOTHMAN

hati perempuan terlalu sensitif ~~


1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang di benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

13. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

14. jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

15. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

16. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

17. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

18.  Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

19. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

20. Senjata wanita adalah airmata!! 

21. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

22. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

33. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


sekadar berkongsi maklumat hihihi...
:)