Friday, November 23, 2012

Twilight final

Assalammualaikum..and hye alls,  hari yang sangat aku tunggu-tunggukan telah tiba. hehe. yeah! twilight saga breaking dawn part 2 are coming out.. and today i had watched it. memang cerita twilight dari first keluar sehingga finale ni pun tak pernah menghampakan. macam aku nak pergi tengok beratus-ratus kali movie ni :) but the sad news is this is the last movie twilight and there will no more twilight movies on the next next year.i'm so sad :(


edward bella and renessme


The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
bella now she became a vampire. so beautiful.. :)

she's strong than Emmet :)

xoxo: NADIAOTHMAN

Thursday, November 22, 2012

HANZALAH BIN AMIR ♥ JAMILAH BINTI UBAY


Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang.

“Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini” , balas Rasulullah saw.

“Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.


Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.



“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”



Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.



Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.



Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.



Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.



Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.





 gambar hiasan 

---------------------------------------------------------------------
Ikatan cinta kalian semakin menjadi sebutan. Ramai yang mengikuti jejak langkah kalian.

Dua hari lepas, seorang adik bertanya kepada saya. "Akak, saya ada soalan untuk akak. saya mahu akak jawab dengan jujur. Sekiranya akak baru kahwin dalam satu setengah tahun dan punya seorang anak yang masih kecil, apakah akak akan benarkan suami akak pergi berjihad di medan apabila dipanggil untuk berjihad".

Saya sebak. Tidak tertahan rasa hati. Saya diam dan mengumpul kekuatan untuk menjawab. "Dik, sudah lama akak tunggu orang tanya akak soalan nie. Hatta ketika itu akak sedang mengandung atau punya 4 orang anak, akak akan benarkan suami akak pergi. Jika akak punya anak yang mampu mengangkat senjata, akak akan turut minta dia pergi."

Wahai muslimat. Usahlah asyik dengan mainan rasa hati, "wahai bakal imamku, wahai bakal suamiku". Persiapkanlah diri kalian semampunya kerana dirimu mampu melahirkan tentera-tentera Islam untuk ummah.

Fikir dan bertindak, biar tembus untuk 20 tahun akan datang.

Monday, November 19, 2012

Open our eyes: Save GAZA !


Luahan hati seorang sahabat aku:

"Sejak peristiwa Gaza minggu ni, seolah-olah jadi wake up call kat aku. Aku tengok diorang kat sana, terus rasa kesian. Lepas tu bila fikir-fikir balik, aku rasa aku tak patut kesian sebab diorang dah gerenti dah dapat syurga.

Aku ni pulak, camne?"


Sahabat aku tiba-tiba diam. Aku pun pelik. Rupa-rupanya dia sedang menangis. Hati aku tersentak.

Kemudian dia sambung:

"Every time benda-benda macam kat Syria, Gaza and Palestine ni timbul, baru la aku nak terasa. Aku tak nak semangat ni jadi bermusim."

Allah...

Semoga setiap titisan air matamu menjadi saksi di hadapan Allah nanti wahai sahabat. Ameen. 

Kita bantu saudara kita di sana, tapi usah kasihan kepada mereka. Kasihanlah kepada diri kita. Kasihanlah kepada ummah kita...

xoxo: NADIAOTHMAN


Wednesday, November 14, 2012

dah masuk tahun baru

Assalamualaikum wbt..
aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1434
kepada muslimin dan muslimat sekalian

pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru kita kan
terasa sekejap sangat dan masa pantas berlalu
tapi alhamdulillah azam yang aku buat tahun lepas ada yang telah tunai 
semoga aku akan capai segala azam di tahun baru ini

dan semoga segala amalan buruk aku di tahun lepas harap diampuni oleh Allah 
dan akan aku perbaiki segala kesilapan yang telah aku lakukan 
sama-samalah kita perbaiki amalan kita untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah

apa-apa pun selamat menyambut awal muharam :)


xoxo: NADIAOTHMAN

Tuesday, November 13, 2012

I met her :)

assalamualaikum and hye.. 
last saturday, I'd just met Yuna Zarai ^^ 
yeah she had came to Penang for Yuna Homecoming Concert. 
konsert memang awesome! 
konsert Yuna start 6.00, hujan pulak time tu 
redha jelah and ramai yang beli baju hujan kat SunShine 
kami pun dengan lari-lari anak untuk mengejar beli baju hujan tu takut habis pulak ^^






first time aku pi konsert and pengalaman yang menarik lah buat aku =)
(Yuna punya fasal kan)
kitaorang masuk pukul 6.30ptg tunggu selama 3 jam nak tunggu Yuna keluar
tapi sementara Yuna nak keluar ada band yang entertainted kitaorang dulu 
that is KYOTO PROTOCOL







 tak berapa nampak pulak :)

and after their show, next artis adalah DIANDRA ARJUNAIDI



next few hours, barulah Yuna keluar
hehe excited giler masa dia keluar tu =)






  
sorry gambar takde syot yang cantik pun.. :) 
performance by AG COCO sekali ^^v
he's so cute 



totally konsert yang memang aku takkan lupakan 
memang aku puas hati walaupun berdiri berapa jam and berdiri dalam hujan :)










selepas selesai konsert ada pengumuman 
 sesiapa yang ada pass backstage boleh tunggu disebelah 
and i got it one 
memang excited aku nak jumpa dia :)
dapat sembang ngan Yuna and she's so sweet ^^v
love her !


xoxo: NADIAOTHMAN