Thursday, October 9, 2014

ikat perut

Assalamualaikum. isu menteri 'merungut' tentang gajinya yang rm6500 tidak cukup tu, makin hangat diperkatakan. mana tak nya gaji yang banyak macam tu pun masih tetap merungut. macam mana pulak yang gaji tak sampai seribu? mana pergi nya rasa syukur? ada kisah dari zaman Rasulullah, ini pun aku c/p dari matluthfi:

"Ikat perut" perkataan itu mengingatkn sy kepada kisah Rasulullah s.a.w yg menjadi pemimpin paling hebat yg sepatutnya pemimpin kita hari ini contohi.. mari kita sama2 ikuti semula kisah tersebut..
Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup, seolah-olah sendi tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda. Selepas selesai bersembahyang Umar bertanya: “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar," balas Baginda.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan pada tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu kecil itu yang menimbulkan bunyi halus setiap kali Baginda bergerak.
“Ya Rasulullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” tanya Umar.
Lalu, Baginda menjawab dengan lembut: “Tidak sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”
:'(
p/s: kalau si menteri tu faham tolonglah ambil iktibar, bukan sahaja untuk menteri tu. sedikit pesanan buat diri kita jugak. rezeki Allah tu banyak, kalau kita pandai bersyukur. 
tazkirah jumaat :) 
Nadioth

Wednesday, October 8, 2014

jodoh sahabatku

Assalamualaikum. 
kebelakangan ni aku dapat banyak berita dari sahabat-sahabtku. yang mana dahulunya memang rapat. disebabkan faktor usia, faktor pindah sekolah dan rumah, hubungan menjadi renggang. first start dengan syahirah saufee, time sekolah rendah dulu memang rapat dengan dia. kadang2 masam muka, merajuk semua ada. tapi tulah kawan rapat aku time kecik. tapi kami semakin renggang disebabkan berlainan kelas dan terus terpisah selepas tamat sekolah rendah. sampailah masuk USM (2011) jumpa balik, aku ingat lagi time tu nak ambil gambar untuk kad matrik. terkejut jugak jumpa dia sebab betul betul tak sangka. nasib dia pun ingat aku lagi. and baru-baru ni aku dapat berita yang dia akan menamatkan zaman bujang dia dalam pertengahan bulan 10 ni. alhamdulillah jodoh dia sampai awal. dia pun dah nak grad. tulah cerita pasai seorang sahabat karib aku yang dulu.




second pulak, pasai nasheha nasir yang amat aku sayang. tapi tahun lepas hubungan kami agak renggang. punca? aku pun tak tahu. dia mendiamkan diri, dan mungkin salah aku yang mendiamkan diri jugak. dalam diam2 dia, baru baru ni aku dapat tahu dia dah mengandung. time birthday dia aku dapat tahu. yang dia dah kawen tahun lepas and dijangkakan bulan 12 tahun ni dia akan bersalin. mesti comeyyy :') aku doakan semoga semuanya berjalan lancar.lama tak lepak dengan dia, rindu sesangat. :'( tapi orang dah kawen ni susah sikit kalau nak ngajak jumpa mesti susahkan? takpelah doa dari jauh pun tak salah. 

yang third pulak, kak aishah aka sebagai akak aku sendiri. arwah mak and kak aishah la jaga kami adik beradik masa kecik bila ibu ayah aku pergi kerja. dapat invitation akan kawen bulan 12 ni. alhamdulillah kak aishah nak kawen dah!! yang ni inshaallah aku akan menghadirkan diri. lagipun lama tak jumpa dia, since arwah mak meninggal tahun lepas (2013) mungkin. harap dia tabah, ni dah ada orang yang akan jaga dia, inshaallah semoga berjalan lancar diharapkan. 

ketiga-tiga orang yang aku cerita ni, memang rapat sangat dengan aku, pada masa dulu. tapi Allah tetap memberi ingatan kepada depa untuk teringat pada aku dan mempertemu kan kami. alhamdulillah ..aku harap semua berjalan lancar. inshaallah aku akan hadirkan diri pada kenduri kawen depa. jodoh aku ? lambat lagi. still mencari cari dan menunggu . tolong doakan aku ya, semoga cepat temu jodoh inshaallah :D  



nadiaoth

Monday, October 6, 2014

raya aidiladha 2014

assalamualaikum. Alhamdulillah hari ahad yang lepas (5/10/2014) kita telah sambut raya haji dengan sederhana. dan kepada jemaah haji yang menunaikan haji, semoga depa mendapat haji yang mabrur. raya haji tahun ni, kami sekeluarga hanya spent time dekat rumah and pergi rumah maklong. and tak lah meriah sangat. tapi selalunya di belah utara memang kurang meriah kalau sambutan raya haji ni. yang meriah di sebelah kelantan, terengganu. tahun ni pun ibu just buat nasi tomato, ayam masak merah, daging kicap dan dalca. memang awesome tapi tak sempat nak tangkap gambaq. bagi kwan-kawan aku dari indonesia try pun, depa kata sedap. :) 

lepas kami sekeluarga balik dari rumah maklong, kami dapat berita jiran belakang rumah (suami) telah meninggal dunia. memang terkejut sangat, memang tak sangka. tulah Allah nak tunjuk kan mati ni tak kira kita ni tua atau muda. bila-bila Allah boleh tarik nyawa. Anak-anak arwah still kecik, bila tanya dia, dia akan kata "papa tengah tidoq". sayunya.. bila tengok anak yang sulong pulak, betul-betul buat aku rasa sedih. apa perasaan dia sebab nak menghadapi semua tu. semoga depa tabah hadapi ujian Allah. and semoga roh arwah tenang di Sana.

berita baik yang aku dapat pulak. one of member group DP telah selamat melahirkan anak. of course lah Kak Nad. baby gebu macam mak dia. hehe dia dapat anak lelaki. Alhamdulillah semua berjalan lancar. lepas ni giliran ika atau adeq pulak. yelah depa dua orang yang tengah bunting sekarang .. :) harap seua berjalan dengan lancar. due depa pun sama tarikh, tahun depan. tak zabar rasanya