Thursday, September 25, 2014

kenangan

belom pun sampai pertengahan semester, cuma baru minggu ketiga dalam semester ni,. tapi dia punya serabut macam dah nak dekat final. semester ni ja aku amik dua 'killing paper', mahu tak mati aku semester ni. walau apapun aku kena buat sungguh-sungguh, mana taknya semester ni ja yang tinggal sebelum aku berangkat untuk ke latihan industri. satu punya hal, aku tak pilih lagi nak LI kat mana. nak mintak kat Gomen takut takdak banyak keja plus elaun pun tak dapat. and kalau mintak swasta pulak nanti depa bagi banyak keja pulak, lagi nak pikir pasal transport and tempat tinggal. tapi nye pun adoiii elaun pasti lah akan dapat. yang penting pengalaman tu yang penting. ada lah aku nak penuhkan kat 'log book' tu banyak sikit. 

time ni jelah pun aku nak merungut pasai study, dngan banyak esaimen, dengan paper yang susah, dengan pensyarah yang garang plus kedekut markah and banyak lagi. pasti pasti dan pasti akan aku rindu saat semua ni. takde dah nak melepak kat kedai mamak sampai subuh, bersengkang mata sampai esok pagi, ni semua angkara esaimen yang tinggal bertimbun-timbun dan exam week. hehe sem-sem terakir ni pun dah terasa kesunyian sedikit sebab ramai member-member yang seangkatan dah mula praktikal dan ada yang nak konvo. T_T sebabnya depa tu dapat transfer kredit banyak dari aku, tu pasal lah dapat habis cepat. habis tinggal  aku dengan si makjemah tu jelah yang tinggal. tapi yang pelik nya setiap semester terakhir ni kami pasti dapat geng-geng baru untuk 'hangout'. so nampak tak betapa kami tak boring :) walau apapun yang aku hadapi samada pahit dan manis dalam uni ni, aku pasti akan rindu dan aku bersyukur sebab merasai study di sini (USM). merasai kehidupan di kampus, seronok semuanya. zaman remaja aku tak disia-siakan dengan begitu saja. :') ni smua berkat doa dari ibu dan ayah aku jugak. tanpa sokongan dan dorongan depa, aku takkan ada sampai peringkat ni. semoga aku habis cepat habis study and cari keja. boleh lah mereka merasa duit aku pulakk. TQVM ibu ayah <3 LOVE

Thursday, September 11, 2014

final year student

Am back! happy final year for me, tak sangka aku dah final year. macam nak menangis pun ada. yelah daripada Diploma sekarang dah nak habis Degree. it takes 7 years for me to finish all this burden. but inshaAllah it may worth it. mudah-mudahan ia dapat habis dengan lancar dan dipermudahkan. walaupun dah final year bukan bermaksud hidup hang di kampus ni akan senang lenag. NO! its so wrong, lagi final year lagi banyak kerja untuk diselesaikan. tapi walaupun hidup akan jadi busy dengan macam2 assignment, aku nak hadapi final year ni dengan swag and enjoy gituuu. yelah nanti mana bolehh rasa hidup as student and campus life lagii. Rindu itu pasti akan aku rasa. huwaaaaaa~

lepass ni akan pikir pasai kerja pulak, tak boleh la nak stay-up sampai pukul 4, 5 pagi. tak boleh dah goyang kaki sesuka hati. tak boleh bangun lambat2 dahhh! itulah keja aku kalau kelas start lambat hehe. takpelah apa2 pun aku bersyukur sebab dapat merasai semua ni. Alhamdulillah. caiyok2 for those who final year student as me :D