Wednesday, December 23, 2015

selamat hari kelahiran Ya Kekasih Allah

Alhamdulillah esok (23hb Dis 2015) bersamaan 12 Rabiulawal 1437 adalah Hari Kelahiran kekasih Allah, Ya Rasulullah SAW. semua gembira untuk menyambut kelahirannya dan sentiasa mengingati baginda ☺️ 
Jom kita mengetahui latar belakang baginda. Tak kenal maka tak cinta kan. tapi tak melihat baginda pun hati kita telah mencintai nya. Subhanallah.

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab 

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan 
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Wednesday, December 16, 2015

aku yang jahat

semua buruk aku, nampak 

bila aku buat baik ada nak ingat?

ada ka yang nak hargai?

semua benda yang aku buat salah? 

paling berdosa sekali aku lah!!

terima kasih sebab buat aku berfikir panjang harini🌹

Monday, December 14, 2015

wedding 2015

Assalamualaikum wbt

sekarang ni kan musim cuti so banyak lah wedding sana sini, ampa pun mesti sibuk attend kenduri kawan la , anak makcik bedah punya kenduri la , kenduri pak tam kawen lagi ka, macam macam la kan. hehe 

on this year 2 orang member baik aku kawen. eton wedding bulan 9 and kinah bulan 12 haritu. Alhamdulillah dalam aku sibuk keja pun dapat jugak p kenduri depa. sorang kat serembang lagi sorang kat melaka. 

Bila lagi nak jumpa depa and member2 yang lain kan. dekat situ lah boleh buat reunion pun, nasib lah laki masing masing sporting and bukan sombong punya orang. layankan saja kepala hotak kami ni. 

So sekarang tinggal lagi 4 orang belum kawen tapi sorang dah bertunang . InshaAllah bulan 8@9 attend kenduri dia pulakk . 😂☺️

 Eton's wedding
    




At kynot's wedding






nadoth
                

Wednesday, September 16, 2015

memaafkan dan dimaafkan

salam malaysia day! 


Harini aku cuti so feel free nak update blog aku. yes aku dah keja Alhamdulillah rezeki Allah. walaupun keja tak lah berapa gah tapi sekadar menimba pengalaman sementara nak dapat yang lebih baik. almaklumlah ekonomi kita pun bukan baik sangat kalau memilih sangat pun apa pun tadokk. anyway aku nak mnyembang ni bukan lah pasai keja aku tapi nak cakap pasai maaf sorry miyane etc. kalau ang nak hidup bahagia and tenang cubalah belajaq untuk memaafkan orang. walaupun perkara yang kecil. dari situ kita dapat kawal and merendahkan ego kita, tak salah pun kalau ego kita tu sampai ke kaki, bukanlah nak suruh orang pijak kepala kita but just try to be nice ☺️ aku rasa tak salah pun. aku tak kata lah aku ni baik sangat tapi aku memang tak pandai nak berdendam and sometimes kawan aku kata aku ni bodoh sebab mintak maaf walaupun aku tak buat salah. aku diajaq untuk meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang. biarlah hidup ni tanpa ada rasa dendam, sebab apa? Kita nak hidup lama dan nak bawak ke akhirat kelak tak mau lah nanti ditanya macam2 kan. dosa dah berguni guni tambah pulak nak campur dosa yang kecik kecik macam ni lagi lah tak mau aku. if kekadang pun aku rasa tak tenang selagi aku tak mintak maaf. mana nak tau esok kita kembali kepadaNya kan Allahuakbar!


p/s: aku nak amik kesempatan untuk memohon maaf kalau aku ada buat salah penulisan aku kurang enak atau percakapan aku mengguruskan hati ampa mihin maaf ye 😇☺️ 

xoxo nadothman

Thursday, August 27, 2015

If I stay #movie

Hey there!

Okay untuk entry ni aku nak review and bagitau pasai satu movie ni and it have been my favourite movie of this year. Actually movie dah established tahun lepas, which is 2014. tapi aku lambat nak tengok haha. tu pun HBO yang tayangkan kalau tak memang aku tak layan. Lagipun, tahun lepas sibuk dengan movie The Fault of Our Star (tfios) so tu yang tak tengok and tak tahu pun movie If I stay wujud. Btw, movie If I stay ni best gak layan sebab ada kaitan tentang family, partners and sibling. Yang penting hubungan antara keluarga lah yang aku nampak. Just imagine when you wake up from koma and found out, the whole family members ang dah meninggal. especially your parents. That time masa aku tengok air mata berjurai bak ayaq terjun. I just cant imagine bout that. 

Nak story about the summary memang aku takkan nak cita lah sebab malas! haha 
Just tengok and layan baru ada feel hampa nak layan. Confirm nangis sampai nak guna towel lah, sebab nak lap ayaq mata tu kan hehe. 
Soundtracks untuk movie ni pun best. Lagipun, director memang tubuhkan band palsu untuk menarik lagi movie ni. Which is, memang best and lagu-lagu depa pun best nak layan. sapa suka indie rock tu memang layan lah. :) Try search beli dvd atau download je and tengok, pasti syiok! hehe 

p/s: Jamie blackly pun hensem lagi, tu yang bonus nak tengok movie ni! heroin pun not bad cantik, memang super cantik pun :)


Enjoy! NadOthman

Tuesday, August 25, 2015

Terasa nak update blog aku ni. saja aku blank kan tajuk tu sebab tak tahu apa nak carut dalam ni. saja memang saja aku blank memang rasa saja nak update blog aku ni. sebabnya saja. 

Lagu New thang by Red foo sebagai background music, lagi macam semangat aku nak merepek. haha. Orang kata lagu rancak bagi semangat sikit kat kita kan. thats true. by the way sekarang aku dah habis study so officialy penganggur Hahaha. so takdelah keja kita cari lah keja nak merepek kat sini. Damn true aku rindu campus life. just melepak and study. no worries about work. tapi this is reality, just grow up nad! wake up !

Resume and all application untuk keja semua aku apply. dari kerani, cs and executive, semua aku apply. Tapi apa kan daya takda rezeki lagi. Interiview jangan cakap banyak kali gak pgi ada yang tak panggil balik pun. I just think positive. Rezeki Allah yang bagi, lambat and cepat ja. Aku berusaha and selainnya aku tawakal and berserah pada Allah. And aku takkan pernah putus asa. what i need is just to find money, malah Grdian and watson pun aku ada apply as part time job pun depa tak panggil lagi. Duit mak ayah bagi and duit ang sendiri tak sama, sometimes aku nak jugak bantu depa. Im 25 y/o dah kot, ashamed on you la nad. apakan daya mungkin leas aku update ni or keesokan hari dapat news pasai new job kan. sapa tau kuasa Allah. i dont have to think negative and i dont wanna be a negative person. So aku akan try lagi apply. and I dont want to give up.! 

“Sentiasa berasakan Allah segala-galanya, manusia tidak ada makna apa-apa pun dalam hidup kita."
-Prof Dr Muhaya

Later...
xoxo Nadiaoth


Tuesday, June 23, 2015

Trip to Singapore

Last semester, after the final exam, my girlfriends and I have been to Singapore. seriously it was an expected vacay for us. and it also will be called as "farewell vacations" to us. almaklumlah semua dah habis study. so its hard to meet up after this. 

the ticket flight had been booked by one of my friends. we will fly from Penang International Airport to JB (Skudai), and it takes for 1 hour to reached there. memang excited and very first time for me nak pergi bercuti dengan kawan-kawan, especially luar negara pulak tu. memang "perak" lah sat kan (loghat utagha). 

sampai sana kami check in kat MPC, Johor, as suggested by my mom. sangat lah murah disebabkan ayah aku bekerja di MPC. bilik dia pun quite okay jugak, by the way kami pun tak mampu nak menyewa hotel yang 5 stars so MPC's Hostel pun dah memadai. nak cari makan pun senang sebab ada foodcourt yang berdekatan dekat dengan MPC tu. sampai ja sana kami round-round area JB dulu. and it also my first time nak round JB. 
yang menjadi masalah kami di sana adalah transportation. dari menaiki bas, walking and lastly naik teksi. banyak duit habis kat situ lah. memang mahai jugaklah tsk tsk tsk..sampai lah kami berjalan then pulang ke MPC and tidoq... 

then on second day, kami start our journey to SINGAPORE. kawan aku dah pun booked ticket perjalanan ke Singapore and untuk masuk ke Universal Studio jugak. kalau tak silap ongkos nya adalah RM 196.00. harga tu termasuk pergi dan balik dari Malaysia and Singapore. and amik masa sejam je nak ke USS tu, tak lama sangat pun. excited dia memang tak terkira sebab USS kot. memang dream come true lah bagi aku. lastly I made it ! :)

sampai ja sana take a selfie must be IMPORTANT! haha tangkap gambo kat sini mau ambil sejam jugak lah. nak melayan kerenah 7 bebudak memang payah lah sikit hehehe (termasuk aku la tu). 

tips in USS :
  • Makan terlebih dahulu. sebelum nak masuk kami penuhkan tank perut dulu so, kami tak lah menggigal mencari makanan kat sana. as you know dalam sana guna Dolllar okay not Ringgit. just prepared roti jelah kalau takut lapo and your mineral water must bring okay. tapi tips hanya berguna pada students jelah, kalau pergi dengan family memang lah terlebih mampu nak beli kan 
  • Tandas. macam digembar gemburkan ada yang kata tadak paip lah just kena guna tisu jelah, that wasnt true. ada je paip cuma just satu tandas je yang diorang prepare paip. but at least ada kan and sangatlah selesa nak guna. 
  • Surau. unfortunately, surau memang tak disediakan, as i know lah. punyalah kami mencari tapi tak disediakan. jenuh nak qada' sampai ke JB barulah dapat solat.  tapi silap kami jugak tak brought our telekung, so kalau nak senang just bring your telekung and bawak lah apa-apa pelapik bagi senang yang nak solat tepi tangga kan. 
  • Lepak seharian. kalau dah masuk USS tu janganlah stay dalam sana setengah hari. bayar mahal-mahal just main puas-puas kat dalam USS tu. banyak Game yang best and mainlah sampai hilang semua suara nak menjerit, hehehe. antara Game yang best, Transformer, The Mummy (tapi aku tak masuk ngee~), Roller coaster and Shrek. that was fun and also boleh la begambor dekat streets yang macam ala-ala NY tu. sungguh berbaloi bayar beratus-ratus. 
kami lepak sampai lah 7 pm, bas akan ambil 8.30 pmso kami just melepak dekat luar are Globe USS tu. Kalau ada duit lebih tu tak salah nak try short vacay dengan kengkawan or dengan family sendiri. so for my girlfriends, next trip maybe ? :) 






xoxo nadOth 







Monday, June 15, 2015

new journey

its been awhile aku tak menulis kat dalam blog ni. nak dekat 10 bulan jugak la. yeke? hmm
mana tak nya habis ja exam terus tak pegang lappy duk rumah mana ada masa nak ngahdap lappy dah. pandang TV jala hehe lagipun aku sekarang intern lagi lah malas nak update. balik ja keja terus rehat and tidoq pun dah awal sekarang. HOHO. 

dah 4 months aku jadi budak intern, another 2 weeks IM DONE! InshaAllah
tak sabar nak habis pun ada tapi mesti aku rindu student's life, gerenti punya aku rindu. time intern pun aku dah mula rasa rindu. ye lah time study la banyak masa nak lepak-lepak dengan member. masalah pun takyah nak pikiaq sangat paling taknya pun stress time assignment and final exam tu jelah. and aku pulak non-stop jadi student since habis sekolah then Diploma then Degree pulak. can you imagine 7 years. boleh jadi student doctor dah kan. tapi aku tak minat nak jadi doctor. huhu 

by the way, a few things aku tak sabar pas intern ni adalah, first thing first ofcourse aku punya convo, then macam manalah alam pekerjaan nanti. yang real punya. huhu cant wait pun ada. sekarang pun dah duk pulun mencari, yang ada tawaran pun kebanyakan swasta. apa sekali yang datang pun i will grab it for my experience kan. inshaallah aku percaya pada rezeki Allah, Dia akan datang lambat dan cepat ja. aslakan kita berusaha untuk mencari, kalau menunggu tanpa usaha sampai bila dia nak datang kan.. 

xoxo Nadiaothman