Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul -2014

Assalamualaikum. sempena dengan sambutan Maulidur Rasul esok, aku saja nak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan Rasulullah. Tahu tak kenapa tahun kelahiran Rasulullah dipanggil Tahun Gajah.? ini adalah kerana, Rasulullah lahir pada tahun yang sama dengan tahun berlakunya peristiwa Tentera Bergajah Abrahah yang datang untuk memusnahkan Ka'abah tetapi dikalahkan oleh Tentera Burung Ababil yang dihantar oleh Allah iaitu pada tahun 571 Masihi  [Kisah yang diwahyukan dalam surah al-Fiil, 105] 

terdapat banyak cerita-cerita tentang Rasulullah S.A.W yang patut kita ketahui, kerana beliau adalah kekasih Allah dan tahukah anda, sesungguhnya orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepada baginda.

tak susah pun untuk berselawat dan mengingati baginda dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian. seperti aku, aku selalu amalkan selawat kepada Rasulullah setelah selesai mendirikan solat. aku juga akan menyapu tangan kemuka aku dan selawat keatas Baginda sebanyak 3 kali, itulah rutin yang aku akan buat setelah selesai solat dan juga sebelum tidur. tak susahkan? walaupun 3 kali sehari pun tak mengapa, jika diamalkan setiap hari boleh jadi banyak kita berselawat keatas dan mengingati baginda :) selamat beramal 

“Selawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai Kekasihku”

“Letakkan Rasulullah didalam hati kita, insyaAllah kita tidak akan kena azab oleh Allah SWT” - Sheikh Azhar Hashim

“Semoga Allah memberi kita perasaan kerinduan yang sangat dalam kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam” - Al-Habib Ali Zainal

selamat menyambut Maulidur Rasul. moga kita sama-sama mendapat keberkatan inshaAllah ameen

xoxo NadiaOth

something happen


Assalamualaikum and hey selamat sore. alhamdulillah harini dah selesai semua paper untuk tahun 3 sem 1. takdak apa yang lebih happy dari habis exam dan balik rumah. semua penat lelah selama beberapa bulan ni hopefully berbaloi, semoga dapat keputusan yang baik and mantap. takut jugak aku takmau lah ulang, sebab nak cepat-cepat habis study dah penat sangat nak study. but nanti dah kerja mesti lagi rindu time study ni. Ya Allah. 

apa-apa pun harap semuanya berjalan dengan lancar. hmm kawan aku si kilah tu dah nak habis study. dia lah antara paling aku rapat dekat usm ni. dia dah habis nanti tunggu nak praktikal bulan depan. sedih tak terkata. sekarang tinggal aku dengan nazu jelah. nasib nazu ada. huhu. 

by the way semalam aku dah bagitau dekat MHB apa perasaan aku. sepanjang mingguni aku rasa resah, kini hilang sudah haha. nasib lah dia jenis positive and kalau ada pun mungkin sikit dia rimas dengan aku. yelah dia dah tahu perasaan aku, so next time, i will behave. kecewa tu ada lah but still kena move on. plus aku pun dah dapat agak jawapan dari dia sebab tu aku cool ja. takdelah meroyan but malu jelah kikiki apa-apa pun we still be friend, tu pun aku kira syukur lah. so lepas ni nad tunggu jelah jodoh ang tu na, just tunggu lambat dengan cepat ja. sabar jelah.. :) tak sabar nak habis belajar je ni pastu kerja pastu berjalan-jalan hehe inshaAllah. 

xoxo nadiaoth

Thursday, January 9, 2014

Beyonce

Assalamualaikum and hey! entry kali ni aku nak sembang pasai retis sat, retis ni aku taklah kelab kipas-susah-mati (die hard fan) dia pun tapi just minat dia perform live. sebab apa? suara dia sejibik macam yang ori.tak lari sangat lah semput pun kurang.  retis yang aku maksud kan tu BEYONCE uolls. 

time aku mentelaah aku suka dengar lagu, baru ada feel nak telan semua ilmu kan. then aku bukak youtube and dengar lagu end of time, sebelum-sebelum ni memang lah aku layan lagu dia but tak sama dengan lagu 'end of time'. entah kenapa? asyik aku ulang ja lagu tu dalam sehari boleh kata berpuluh kali lah kot. haha habis ulang habis ulang, mau tak berpuluh kali. mungkin lagi satu dengan rentak lagu dia kot yang membuatkan aku suka. kalau tak caya, cer dengar sikit. eh! kat blog aku ni pun hampa boleh dengar kot2 tengah main apa. :) 





okay lah dah lagha dah aku ni, esok ada exam lagi ni. saja nak hilangkan tension jap. tadi petang baru lepas exam so esok ada dua payper nak kena ngadap. so apa lagi, get ur A** and study nadia :) hee bye uolls 

xoxo NadiaOth

Wednesday, January 8, 2014

jodoh itu milik Allah

Assalamualaikum hari ni aku nak sembang kemaih pasai cinta lagi, aku bukan lah pro dalam bab cintan-cintan ni. hanya sekali aku frust but i kept it as lesson of my life. selain tu jugak ia adalah pengalaman dari gegurls aku jugak yang pernah serabut dalam percintaan. aku yang sekali frust dalam cintan pun dah serik. tambah gegurls aku yang lain bercintan pastu putus. aku respect jugak lah. 

macam tajuk atas tu. jodoh iu milik Allah. hampa tak boleh nak aspect apa akan jadi, sapa yang bakal jadi jodoh hang. aku lagi lah tak tau sapa jodoh aku walaupun dah umoq 24 tahun, eh2.. haha 
okayy continue balik, apa yang aku tengok, dengaq and belajaq dari pengalaman gegurls aku ni, walaupun hang couple lah bertahun atau beribu tahun pun kalau itu bukan jodoh hang, tak boleh jugak. tengok macam kawan aku tu kenal tak sampai berapa hari, dah boleh falling in love and dah merancang utk tunang and kawen dah. best kan perancangan yang Allah buat untuk kita.  yang macam ramai orang kata indahnya bercinta selepas berkahwin. sebab pasangan kita tu dah halal buat kita.. :)

btw kalau boleh buat kekawan aku yang baru heartbroken tu jangan sedih2 lagi, mungkin ada jodoh yang lebih baik yang Allah bagi buat kita untuk masa akan datang, kita tak tahu kan. segalanya terletak dengan takdir Allah. Hmm tengok macam aku ni, sapalah jodoh aku? tunggu sajalah, hati kekadang pun malas rasanya nak bercintan, tak terbukak lagi kot hati ni. plus orang kata jodoh yang baik itu datang lambat sikit hehe inshaAllah jodoh aku tu yang baik2, yang dapat terima kekurangan aku, yang dapat membimbing aku. ameen :) #mhb eh..eh :)

xoxo Nadiaoth 



Sunday, January 5, 2014

Happy 2014 !






Assalamualaikum

hey!
 its not late to wishing happy belated new year Malaysia 
hehe its sound weirdoo
doesnt matter
for this year am wishing, all the resolutions that i made last and last year may achieve
and hope my new resolutions also be achive
inshaAllah


wish me luck for my next payper
(final exam)
9,10,13 january 2014 
caiyok! exam for 3rd year. just having one year as a senior year then chow student life!
inshaAllah, may i pass all the exams :)