Sunday, April 1, 2012

..ASSALAMUALAIKUM..


hari jumaat, bersaan 30 mac 2012 telah diadakan himpunan solidariti palestin.
banyak negara yang telah mengadakan himpunan sebegini seperti Australia, indonesia. 
di malaysia himpunan besar-besaran sebegini telah diadakan di Shah Alam..
manakala di peringkat universiti di Malaysia telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM). 

aq telah menghadirkan diri di himpunan ini setelah solat jumaat selesai.
alhamdulillah ramai juga pelajar yang hadir bagi memberi sokongan.
perhimpunan ini telah diadakan di luar kawasan masjid USM..
turut hadir di perhimpunan tersebut ialah YDP UUM, dan orang palestin sendiri.
di dalam perhimpunan tersebut terdapat pidato, sajak yang disampaikan oleh pelajar-pelajar USM sendiri,
dan sedikit ucapan dari YDP USM n UUM...
bahkan terdapat juga cerita dari warga palestin sendiri, mereka menceritakan pengalaman mereka sepanjang mereka berada di bumi palestin.
memang menyentuh hati apabila terfikir tentang nasib saudara-saudara kita disana.
sebagai saudara islam, kita harus berdoa buat mereka, 
insya-allah bagi yang telah mati syahid syurga adalah tempat mereka di akhirat kelak..amin ya rabb..


perhimpunan tersebut selesai dalam pukul 3.00 petang, dan setelah itu telah diadakan ceramah tentang bumi palestin didalam masjid USM. ceramah tersebut diadakan selepas solat asar.
di sebelah malam juga, mereka mengadakan tayangan video dan sedikit ceramah..
program dianggarkan selesai pada pukul 12.00 tgh malam..
bagi saya, dengan program ini kita dapat menginsafkan diri kita dan juga meraptkan silatur-rahim antara saudara-saudara sesama islam..
insya-allah jika terdapat program sebegini kelak sama-sama lah kita menghadirkan diri..
semua ini adalah PERCUMA, hanya memerlukan keikhlasan dari hati kita sendiri..mudah-mudajan insya-allah...

  • terdapat gambar-gambar yang telah diambil sewaktu perhimpunan diadakan.. :)



 sewaktu warga palestin sendiri menceritakan pengalamannya




(top) ::bersama aqilah.






No comments:

Post a Comment