Wednesday, May 29, 2013

Remember Allah Always






Allah will never get bored to 

listen to your


problems, He will always be there 

for you.

#Allahuakbar






xoxo: nadiaOthman

Monday, May 13, 2013

Surah An-Nur Ayat 32

Sedang aku bertweet-tweet, terpandang aku pada satu tweet dari Imam Muda Asyraf mengenai kahwin;

'Kepada anak muda yg inginkan bernikah.. Bersama rujuk Surah Annur ayat 32.. Supaya lebih diberi keyakinan..'.

Dalam hati aku pun berkata, ini bererti bukan aku sorang sajalah yang merasai perasaan sebegini. Mungkin benda ni terjadi pada seluruh anak muda yang seusia aku. Aku pun mula mencari surah tersebut dan tafsiran dia seperti berikut ...




TAFSIR SURAH NUR AYAT : 32
Tafsir Ibnu Kathir,
وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
 

Ayat ini mengandungi beberapa hukum-hakam yang 'muhkamah' dan suruhan-suruhan 'mubramah'. Firman Allah Taala : "Dan kahwinkanlah ......." hingga akhirnya merupakan satu perintah supaya mengahwinkan. Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka berdalilkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Wahai sekalian pemuda, barangsiapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia  berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya. 

Firman Allah Taala " إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمْ اللَّه مِنْ فَضْله"Jika mereka itu miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya." Berdasarkan ayat ini, berkata Ali b. Abi Talhah   daripada Ibnu Abbas; Allah Taala menggesa mereka supaya berkahwin dan memerintahkan orang merdeka dan hamba supaya dikahwinkan serta menjanjikan mereka dengan kekayaan. Berkata Ibnu Abi Hatim, Abu Bakar As-siddiq berkata : Taatilah kamu akan Allah pada apa yang Dia arahkan supaya bernikah, kamu akan peroleh kekayaan sebagaimana yang dijanjikan. Daripada Ibnu Masood; Carilah kekayaan dalam pernikahan. Daripada Abu Hurairah R.A. berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga hak ke atas Allah menolong mereka; orang yang ingin kahwin yang mahukan memelihara kesucian diri, hamba mukatab yang mahu merdeka dan pejuang di jalan Allah."- diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tarmidzi, An-Nasaaie dan Ibnu Majah. Nabi S.A.W. telah mengahwinkan lelaki itu yang tidak mempunyai apa-apa kecuali kain sebarnya, tidak mampu mengadakan sebentuk cincin besi, meskipun begitu Nabi S.A.W. tetap mengahwinkannya dengan seorang perempuan dan mensyaratkan maharnya ialah mengajarkan perempuan itu Al-Quran.


p/s: Apa-apa pun perkahwinan bukanlah hanya bersuka-suki tapi semua ni adalah kerana Allah taala. kalau niat kita betul Insha-Allah semuanya akan dipermudahkan. 

Pada siapa yang bakal mendirikan rumah dan tangga, aku doakan korang bahagia ke akhir hayat, dan harungi bahtera itu dengan baik dan semoga mendapat keredhaan dariNya. Insha Allah ..
(pandai pulop berkata-kata yg aku ni bila lagi? H A H A >///<)

selamat Beramal !
xoxo:NadiaOthman

Tuhan berikan Aku cinta



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cintaa

..Ayushita ..
xoxo NadiaOthman

Thursday, May 9, 2013

hari ibu datang lagi !

sambil menaip dan time ni jugaklah aku duk ngap2 makan burger
jam dekat lappy menunjukkan sekarang dah pukul 11.10 malam
dan hari ini masih lagi bertarikh 9 May 2013

aku just nak ingat moment ni bila aku baca balik entry ni nanti
why? sebab entry ni special ...
its about MOTHER'S DAY
it is important right? 
haha apalah yang aku merepek ni, lantak blog aku :)
Jangan marah naa..


every year, aku n adik2 aku akan wish untuk ibu kami yang tersayang
tak pernah lupa (aku lah yang tolong ingatkan pfft)
kalau tahun tu tak dapat bagi hadiah ucapan tetap ada.
degan cara ni sajalah yang dapat kami balas
mungkin akan datang kami balas cara lain (yang lebih special mungkin) :)
..inshaAllah..


p/s: for my mom...
Nadia ucapkan SELAMAT HARI IBU
terima kasih sebab menjadi ibu yang penyayang, prihatin, tegas, cool, sporting, good listener
you are the best mom in the world!!
tak ada siapa yang dapat ganti tempat ibu 
Maafkan nadia kalau Nadia tak cukup membahagiakan ibu lagi, mungkin satu hari nanti
dan nadia janji (inshaAllah) nadia akan akan jadi anak yang solehah untuk ayah dan ibu
nadia tak pernah sebut perkataan ni depan2 tapi dalam hati nadia sentiasa sebut

" I LOVE YOU, IBU !"



Love this picture. it make me smile ^^
xoxo: NadiaOthman

Tuan Guru Nik Aziz


Dia selalu dihina dikatakan najis. Juga dikatakan Jelmaan Syaitan.Juga dikatakan malaun. Tak kurang mengatakan dia gila isim.Tapi diamati org yang mengata kepadanya bukanlah ustaz jauh sekali ulama' yang banyaknya mereka sendiri tidak mempunyai peribadi mulia maka tahulah aku...tapi apakah salahnya orang yang aku panggil Tuan Guru ini?


Apa kesalahan beliau...???


Adakah akibat memimpin rakyat Kelantan dengan syiar Islam???? Adakah akibat memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan x pernah disabitkan dengan salahguna wang kerajaan...

Kalu itu salah nya orang itu perlu menyedarkan diri dari diperbodohkan pemimpin mereka yang mementingkan fulus !

Beliau dihina dari segenap arah dan sudut. Misalnya, posternya dikencing, digabungkan dengan gambar khinzir, dibuat banner seks lucah, dikatakan 'najis', dituduh nyanyuk dan sebagainya. Namun, beliau dengan rela hati memaafkan kesemuanya tanpa dendam. 

Beliau tidak kaya. Beliau tidak mewah. 
Apabila cinta pada agama sebati di jiwa, bukankah itu lebih berharta dari orang harta berjuta?

Biarlah dunia membenci,
tapi jangan lupa masih ada yang menyayangi.

Begitulah manusia.
Ketika ada, dicerca.
Ketika tiada, baru nak menghargai.

Jangan tunggu sampai bintang itu padam. 



Ya ALLAH,hindarilah tok guru kami dari fitnah-fitnah dari golongan ini..!

Ameen.. Takbir !!
 Photo: Dia selalu dihina dikatakan najis. Juga dikatakan Jelmaan Syaitan.Juga dikatakan malaun. Tak kurang mengatakan dia gila isim.Tapi diamati org yang mengata kepadanya bukanlah ustaz jauh sekali ulama' yang banyaknya mereka sendiri tidak mempunyai peribadi mulia maka tahulah aku...tapi apakah salahnya orang yang aku panggil Tuan Guru ini?

Apa kesalahan beliau...???

Adakah akibat memimpin rakyat Kelantan dengan syiar Islam???? Adakah akibat memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan x pernah disabitkan dengan salahguna wang kerajaan...

Kalu itu salah nya orang itu perlu menyedarkan diri dari diperbodohkan pemimpin mereka yang mementingkan fulus !

Beliau dihina dari segenap arah dan sudut. Misalnya, posternya dikencing, digabungkan dengan gambar khinzir, dibuat banner seks lucah, dikatakan 'najis', dituduh nyanyuk dan sebagainya. Namun, beliau dengan rela hati memaafkan kesemuanya tanpa dendam. 

Beliau tidak kaya. Beliau tidak mewah. 
Apabila cinta pada agama sebati di jiwa, bukankah itu lebih berharta dari orang harta berjuta?

Biarlah dunia membenci,
tapi jangan lupa masih ada yang menyayangi.

Begitulah manusia.
Ketika ada, dicerca.
Ketika tiada, baru nak menghargai.

Jangan tunggu sampai bintang itu padam. 



Ya ALLAH,hindarilah tok guru kami dari fitnah-fitnah dari golongan ini..!

Ameen.. Takbir !!

Wednesday, May 8, 2013

Gatal Tangan





hari ni tak da angin tak da ribut
aku gatai tangan duk stalk N tu punya FB
apa ke hal lah yang aku gatai tangan duk stalk N punya FB

tup tup dah dua tahun masa berlalu
..pantas sungguh..
tapi masing-masing dah buat hal sendiri
lama jugak lah aku tak ingat kat N
tiba-tiba sekarang pulak gatai tangan nak stalk dia
apa-apa pun aku harap tak buat lagi dah
ni sebab tension punya pasai lah kot 
(salahkan assignment pulak dah)

**harap2 hampa tak pahamlah bahasa aku ni. 
memang saja taknak bagi paham pun ^^
xoxo: NadiaOthman