Monday, May 13, 2013

Surah An-Nur Ayat 32

Sedang aku bertweet-tweet, terpandang aku pada satu tweet dari Imam Muda Asyraf mengenai kahwin;

'Kepada anak muda yg inginkan bernikah.. Bersama rujuk Surah Annur ayat 32.. Supaya lebih diberi keyakinan..'.

Dalam hati aku pun berkata, ini bererti bukan aku sorang sajalah yang merasai perasaan sebegini. Mungkin benda ni terjadi pada seluruh anak muda yang seusia aku. Aku pun mula mencari surah tersebut dan tafsiran dia seperti berikut ...




TAFSIR SURAH NUR AYAT : 32
Tafsir Ibnu Kathir,
وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
 

Ayat ini mengandungi beberapa hukum-hakam yang 'muhkamah' dan suruhan-suruhan 'mubramah'. Firman Allah Taala : "Dan kahwinkanlah ......." hingga akhirnya merupakan satu perintah supaya mengahwinkan. Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka berdalilkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Wahai sekalian pemuda, barangsiapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia  berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya. 

Firman Allah Taala " إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمْ اللَّه مِنْ فَضْله"Jika mereka itu miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya." Berdasarkan ayat ini, berkata Ali b. Abi Talhah   daripada Ibnu Abbas; Allah Taala menggesa mereka supaya berkahwin dan memerintahkan orang merdeka dan hamba supaya dikahwinkan serta menjanjikan mereka dengan kekayaan. Berkata Ibnu Abi Hatim, Abu Bakar As-siddiq berkata : Taatilah kamu akan Allah pada apa yang Dia arahkan supaya bernikah, kamu akan peroleh kekayaan sebagaimana yang dijanjikan. Daripada Ibnu Masood; Carilah kekayaan dalam pernikahan. Daripada Abu Hurairah R.A. berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga hak ke atas Allah menolong mereka; orang yang ingin kahwin yang mahukan memelihara kesucian diri, hamba mukatab yang mahu merdeka dan pejuang di jalan Allah."- diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tarmidzi, An-Nasaaie dan Ibnu Majah. Nabi S.A.W. telah mengahwinkan lelaki itu yang tidak mempunyai apa-apa kecuali kain sebarnya, tidak mampu mengadakan sebentuk cincin besi, meskipun begitu Nabi S.A.W. tetap mengahwinkannya dengan seorang perempuan dan mensyaratkan maharnya ialah mengajarkan perempuan itu Al-Quran.


p/s: Apa-apa pun perkahwinan bukanlah hanya bersuka-suki tapi semua ni adalah kerana Allah taala. kalau niat kita betul Insha-Allah semuanya akan dipermudahkan. 

Pada siapa yang bakal mendirikan rumah dan tangga, aku doakan korang bahagia ke akhir hayat, dan harungi bahtera itu dengan baik dan semoga mendapat keredhaan dariNya. Insha Allah ..
(pandai pulop berkata-kata yg aku ni bila lagi? H A H A >///<)

selamat Beramal !
xoxo:NadiaOthman

No comments:

Post a Comment