Wednesday, October 8, 2014

jodoh sahabatku

Assalamualaikum. 
kebelakangan ni aku dapat banyak berita dari sahabat-sahabtku. yang mana dahulunya memang rapat. disebabkan faktor usia, faktor pindah sekolah dan rumah, hubungan menjadi renggang. first start dengan syahirah saufee, time sekolah rendah dulu memang rapat dengan dia. kadang2 masam muka, merajuk semua ada. tapi tulah kawan rapat aku time kecik. tapi kami semakin renggang disebabkan berlainan kelas dan terus terpisah selepas tamat sekolah rendah. sampailah masuk USM (2011) jumpa balik, aku ingat lagi time tu nak ambil gambar untuk kad matrik. terkejut jugak jumpa dia sebab betul betul tak sangka. nasib dia pun ingat aku lagi. and baru-baru ni aku dapat berita yang dia akan menamatkan zaman bujang dia dalam pertengahan bulan 10 ni. alhamdulillah jodoh dia sampai awal. dia pun dah nak grad. tulah cerita pasai seorang sahabat karib aku yang dulu.




second pulak, pasai nasheha nasir yang amat aku sayang. tapi tahun lepas hubungan kami agak renggang. punca? aku pun tak tahu. dia mendiamkan diri, dan mungkin salah aku yang mendiamkan diri jugak. dalam diam2 dia, baru baru ni aku dapat tahu dia dah mengandung. time birthday dia aku dapat tahu. yang dia dah kawen tahun lepas and dijangkakan bulan 12 tahun ni dia akan bersalin. mesti comeyyy :') aku doakan semoga semuanya berjalan lancar.lama tak lepak dengan dia, rindu sesangat. :'( tapi orang dah kawen ni susah sikit kalau nak ngajak jumpa mesti susahkan? takpelah doa dari jauh pun tak salah. 

yang third pulak, kak aishah aka sebagai akak aku sendiri. arwah mak and kak aishah la jaga kami adik beradik masa kecik bila ibu ayah aku pergi kerja. dapat invitation akan kawen bulan 12 ni. alhamdulillah kak aishah nak kawen dah!! yang ni inshaallah aku akan menghadirkan diri. lagipun lama tak jumpa dia, since arwah mak meninggal tahun lepas (2013) mungkin. harap dia tabah, ni dah ada orang yang akan jaga dia, inshaallah semoga berjalan lancar diharapkan. 

ketiga-tiga orang yang aku cerita ni, memang rapat sangat dengan aku, pada masa dulu. tapi Allah tetap memberi ingatan kepada depa untuk teringat pada aku dan mempertemu kan kami. alhamdulillah ..aku harap semua berjalan lancar. inshaallah aku akan hadirkan diri pada kenduri kawen depa. jodoh aku ? lambat lagi. still mencari cari dan menunggu . tolong doakan aku ya, semoga cepat temu jodoh inshaallah :D  



nadiaoth

No comments:

Post a Comment