Thursday, October 25, 2012

cinta sahabat

"salam.." 
"wasalam" jawab amani dengan penuh tanda tanya siapakah lelaki yang menegurnya di muka buku itu. 
"boleh berkenalan?" tanya kashaf pada amani.
"boleh, apa salahnya." jawab amani tanpa memikir panjang. mungkin jawapan yang diberi agak singkat disebabkan kesunyian yang dilaluinya..

"awak nama apa erk?"
 memandangkan nama di muka buku agak pelik sebab tu kashaf bertanya kepada amani soalan yang agak b**** tu.. 

"panggil je amani"
"owh sedap nama tu..study lagi?"
"yup study lagi, awak pulak ?"
"dah habis study tapi still tanam anggur lagi ^^ "
( tanam anggur aka menjadi penganggur kehormat di rumah ) 
conversations antara amani dan kashaf tidak terhenti sampai disitu sahaja sehinggalah kashaf minta nombor dekat amani. bab membagi nombor handphone ni memang susah sikit untuk amani bagi dekat orang. amani mengambil masa untuk berfikir, takde lah lama mana pun cuma 5 minit je..

"ni nombor hp saya." dengan rela hati dia memberi nombor dekat kashaf.
selang berapa minit, handphone amani berbunyi, nombor yang tidak dikenali terpapr di skrin handphonenye.

"hello?" 
"hai, boleh cakap dengan amani?, hehe"
rupa-rupanya kashaf yang menghubungi amani. mereka berborak tak lama mana pun sebab secara tiba-tiba line terputus. mereka sambung chat di muka buku balik......

seperti yang dikatakan tadi conversations diorang tak habis macam tu saja. kalau tak chat di muka buku diorang akan bermesej di handphone. dah macam sepasang kekasih dah. kalau kashaf balas lambat atau tak reply mesej, perasaan risau, perasan marah, perasaan sedih semuanya bercampur aduk.mulalah semua benda buat tak kena then pakcik makcik setan semua nak menghasut...

"dia keluar dengan awek dia kot"
"dia malas nak layan ko dah kot"
keriangan dan diikuti kebahagiaan mentertawakan aku oleh pakcik-pakcik setan tu lagi buat amani tak senang duduk..sehinggalah handphone dia berbunyi dengan sepantas kilatnya dia mencapai dan menjawab panggilan tersebut.

" awak dah tido ke? sorry tadi tak balas mesej awak. saya sibuk tadi, yelah orang baru dapat keje an "
"eh takpe2 saya okay je, saya faham mesti awak sibuk hehe"
padahal hati dah berkecai tadi masa kashaf tak balas mesej tapi bila dah dengar suara penjelasan dari kashaf lega rasanya ^^

hubungan antara kashaf dan amani semakin hari semakin rapat umpama sepasang kekasih tapi diorang tak bercinta pun just friends. kashaf ada jugak ajak amani jumpa tapi amani menolak, mungkin amani tak bersedia berjumpa dengan kashaf. walaupun tak berjumpa mereka still boleh melihat satu sama lain melalui ym, skype (duniadi hujung jari) . hampir sebulan lebih hubungan diorang terjalin. amani sangat bahagia ada kashaf di waktu terluang dia. 

satu hari amani bermuka buku ada Dee masuk dalam chat dan bertanya samada amani berkawan dengan kashaf ataupun tidak. dia brtanya lagi samada amani 'couple' dengan kashaf ataupun tidak. 
Amani menidakkan..tapi dalam fikiran amani kenapa Dee tanya soalan begitu? Dee ni awek dia ke? 

"dulu Dee pernah 'couple' dengan kashaf"
amani mula tergamam tak sangka kawan baik dia pernah 'couple dengan lelaki yang dia minat. memang tak salah tapi prinsip hidup amani tak mahu ambil bekas atau hak kawan baik dia sendiri.

Dee seorang kawan baik amani, mereka berkawan sejak orentasi 'U' lagi, selalu makan bersama, selalu lepak bersama. tapi amani tak bagitahu tentang kashaf dekat dee sebab amani taknak heboh-hebohkan lagi, dia taknak syoksendiri kerana itulah dia tidak menonjolkan siapa kashaf dihatinya..

"yeke? ani taktahu pulak Dee pernah kenal dengan dia. tapi macam mana Dee 'break' dengan dia?"
yes! memang soalan amani terlalu 'straight forward' sebab dia nak tahu kenapa? 

Dee dah ceritakan semuanya, amani just terdiam dan tak terbalas chat ... amani terus offline dan masuk tidur.
dalam fikiran amani, dia tak percaya kashaf orang yang sebegitu, kashaf seperti bercakap jujur dengannya tak pernah 'kantoi' pun apa-apa...

" dulu dia pernah tackel aku, kitaorang kenal dari kawan-kawan, satu hari tu dia mintak 'couple' tapi kami 'couple' pun tak lama sebabnya awek dia datang serang aku..ye awek.! tak pasal-pasal aku kena serang dengan awek orang. dia marah-marah aku sebab kacau BF dia. apa boleh aku buat aku sedih gila kot orang tipu aku, bila aku tanya dia kata dia takda awek, tapi tup2 aku yang kena"

"kashaf taktahu ke ko kena serang? apa yang dia buat?" tanya amani sambil dengan muka cuak dia

"haha dia nak buat apa? dia larikan diri. bila aku call dia tak angkat, mesej tak balas. sanggup dia buat aku macam tu. dia block aku dari kawan dia. terus lost contact macam tu je...."

beristighfar sekejap amani bila teringat apa yang Dee ceritakan dekat dia tadi, hati dia dah mula berbelah bahagi, berkecai pun ada dengan sikap kashaf yang hanya melarikan diri time-time Dee memerlukannya. amani tak tahu samada nak percaya kashaf atau tak. memang dulu dia pernah bertanya dekat kashaf samada ada awek ke tak, dan jawapan dari kashaf adalah tidak. mungkinkah dia menipu sekali lagi. 

amani cuba buat macam biasa, selepas mendengar cerita dari Dee. amani cuma taknak berat sebelah dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tapi dia juga taknak bertanya walaupun sedikit tentang kashaf dan Dee. bukan apa amani taknak mengeruhkan lagi keadaan....

sudah seminggu lebih kashaf jarang sekali mesej dan call amani. kalau dia hantar mesej pun 'good nite awak' 'selamat malam awak' itu sahaja.. sekali lagi pakcik-pakcik setan mulai menghantui fikiran amani.. dan hati amani tak senang dibuatnya mungkin kashaf memang dah ada orang lain (awek).. 

sehingga sekarang hubungan mereka sebegitu, jarang mesej and call.
amani taknak memberatkan lagi fikirannya, mungkin diorang takde jodoh, dan lama kelamaan perasaan sayang dia terhadap kashaf mula berkurangan.. mungkin ada hikmah...
apa yang pasti amani dan kashaf still menjadi kawan dan tidak bermusuhan..
mungkinkah di masa hadapan mereka akan bersatu atau disebaliknya... wallahualam


*just for fun kalau tak best akan aku perbaiki di masa hadapan.. ^^ its not true story just came from my mind..hope you enjoyed TQ

NADIAOTHMAN 






No comments:

Post a Comment