Monday, October 6, 2014

raya aidiladha 2014

assalamualaikum. Alhamdulillah hari ahad yang lepas (5/10/2014) kita telah sambut raya haji dengan sederhana. dan kepada jemaah haji yang menunaikan haji, semoga depa mendapat haji yang mabrur. raya haji tahun ni, kami sekeluarga hanya spent time dekat rumah and pergi rumah maklong. and tak lah meriah sangat. tapi selalunya di belah utara memang kurang meriah kalau sambutan raya haji ni. yang meriah di sebelah kelantan, terengganu. tahun ni pun ibu just buat nasi tomato, ayam masak merah, daging kicap dan dalca. memang awesome tapi tak sempat nak tangkap gambaq. bagi kwan-kawan aku dari indonesia try pun, depa kata sedap. :) 

lepas kami sekeluarga balik dari rumah maklong, kami dapat berita jiran belakang rumah (suami) telah meninggal dunia. memang terkejut sangat, memang tak sangka. tulah Allah nak tunjuk kan mati ni tak kira kita ni tua atau muda. bila-bila Allah boleh tarik nyawa. Anak-anak arwah still kecik, bila tanya dia, dia akan kata "papa tengah tidoq". sayunya.. bila tengok anak yang sulong pulak, betul-betul buat aku rasa sedih. apa perasaan dia sebab nak menghadapi semua tu. semoga depa tabah hadapi ujian Allah. and semoga roh arwah tenang di Sana.

berita baik yang aku dapat pulak. one of member group DP telah selamat melahirkan anak. of course lah Kak Nad. baby gebu macam mak dia. hehe dia dapat anak lelaki. Alhamdulillah semua berjalan lancar. lepas ni giliran ika atau adeq pulak. yelah depa dua orang yang tengah bunting sekarang .. :) harap seua berjalan dengan lancar. due depa pun sama tarikh, tahun depan. tak zabar rasanya 

Thursday, September 25, 2014

kenangan

belom pun sampai pertengahan semester, cuma baru minggu ketiga dalam semester ni,. tapi dia punya serabut macam dah nak dekat final. semester ni ja aku amik dua 'killing paper', mahu tak mati aku semester ni. walau apapun aku kena buat sungguh-sungguh, mana taknya semester ni ja yang tinggal sebelum aku berangkat untuk ke latihan industri. satu punya hal, aku tak pilih lagi nak LI kat mana. nak mintak kat Gomen takut takdak banyak keja plus elaun pun tak dapat. and kalau mintak swasta pulak nanti depa bagi banyak keja pulak, lagi nak pikir pasal transport and tempat tinggal. tapi nye pun adoiii elaun pasti lah akan dapat. yang penting pengalaman tu yang penting. ada lah aku nak penuhkan kat 'log book' tu banyak sikit. 

time ni jelah pun aku nak merungut pasai study, dngan banyak esaimen, dengan paper yang susah, dengan pensyarah yang garang plus kedekut markah and banyak lagi. pasti pasti dan pasti akan aku rindu saat semua ni. takde dah nak melepak kat kedai mamak sampai subuh, bersengkang mata sampai esok pagi, ni semua angkara esaimen yang tinggal bertimbun-timbun dan exam week. hehe sem-sem terakir ni pun dah terasa kesunyian sedikit sebab ramai member-member yang seangkatan dah mula praktikal dan ada yang nak konvo. T_T sebabnya depa tu dapat transfer kredit banyak dari aku, tu pasal lah dapat habis cepat. habis tinggal  aku dengan si makjemah tu jelah yang tinggal. tapi yang pelik nya setiap semester terakhir ni kami pasti dapat geng-geng baru untuk 'hangout'. so nampak tak betapa kami tak boring :) walau apapun yang aku hadapi samada pahit dan manis dalam uni ni, aku pasti akan rindu dan aku bersyukur sebab merasai study di sini (USM). merasai kehidupan di kampus, seronok semuanya. zaman remaja aku tak disia-siakan dengan begitu saja. :') ni smua berkat doa dari ibu dan ayah aku jugak. tanpa sokongan dan dorongan depa, aku takkan ada sampai peringkat ni. semoga aku habis cepat habis study and cari keja. boleh lah mereka merasa duit aku pulakk. TQVM ibu ayah <3 LOVE

Thursday, September 11, 2014

final year student

Am back! happy final year for me, tak sangka aku dah final year. macam nak menangis pun ada. yelah daripada Diploma sekarang dah nak habis Degree. it takes 7 years for me to finish all this burden. but inshaAllah it may worth it. mudah-mudahan ia dapat habis dengan lancar dan dipermudahkan. walaupun dah final year bukan bermaksud hidup hang di kampus ni akan senang lenag. NO! its so wrong, lagi final year lagi banyak kerja untuk diselesaikan. tapi walaupun hidup akan jadi busy dengan macam2 assignment, aku nak hadapi final year ni dengan swag and enjoy gituuu. yelah nanti mana bolehh rasa hidup as student and campus life lagii. Rindu itu pasti akan aku rasa. huwaaaaaa~

lepass ni akan pikir pasai kerja pulak, tak boleh la nak stay-up sampai pukul 4, 5 pagi. tak boleh dah goyang kaki sesuka hati. tak boleh bangun lambat2 dahhh! itulah keja aku kalau kelas start lambat hehe. takpelah apa2 pun aku bersyukur sebab dapat merasai semua ni. Alhamdulillah. caiyok2 for those who final year student as me :D 

Tuesday, June 10, 2014

exam is coming


Assalamualaikum. 

and happy exam week for those who are taking final exam for this 3 weeks 

aku ada tiga paper lagi nak hadap

then i will enjoy se enjoy enjoy nya :)

anyway good luck ! 

Saturday, May 10, 2014

selamat hari ibu


Dear IBU, 
For all the times that i forgot to 'THANK YOU"
For all the special, little things you do,
For all the words that sometimes are unspoken, 
I need to say "I LOVE YOU IBU... I DO!"

I love you for the way you stop and listen,
And for your kind support throughout the years,
For teaching me the meaning of compassion,
And sharing in my triumphs and my tears.

And is at times, I may have seemed ungrateful, 
I want to say, "I truly hope you see", 
That nothing you have done has been forgotten 
And day by day you just mean more to me.
Kindly truth..

I Love from bottom of my heart 
Even i never say it often
But i mean it


xoxo ur daughter
NurulNadiaOthman

Saturday, April 19, 2014

ini mungkin takdir ku


ini mungkin takdirku?
banyak benda yang luar jangkaan kita
jodoh? maut?
semua di tanganNya
siapa kita mahu pertikaikan
mungkin harini aku hidup bahagia disamping keluargaku
esok hari akan diambil semua dari aku
harapnya tidak, pahala aku bukan cukup tampung aku untuk mengejar syurga kelak

jangan ditanya soal jodoh pada aku
sebab aku bukan tuhan
memang aku boleh merancang cuma aku malas
pengalaman aku cukup mengajar aku erti cinta yang tak seberapa
cinta manusia memang indah cukup indah 
tapi bukan lawannya dengan cinta tuhan
benar! benar! aku belajar dari yang lepas
sehinggakan berasa takut untuk mulakan semua 
biarlah cinta tuhan yang datang terlebih dahulu
kelak jika ada yang betul tepat dan padat untuk aku
Allah akan temukan jua
inshaAllah 

xoxo nadiaOth 
3.47am 

Sunday, April 13, 2014

rendang pedas

as my mom requested, she want me to put this recipe in my blog. so, i will fulfill her demand ..

Rendang Pedas

1 ekor ayam dipotong
2 helai daun kunyit dimayang halus
5 helai daun limau purut 
1/2 kilo santan pekat
4 sdb kerisik
1 keping asam gelugoq

Bahan untuk pesnya
15 tangkai cili kering rendam
15 biji cili padi
11 ulas bawang merah
1" halia
7 batang serai dihiris
1" lengkuas 
1" kunyit hidup

cara-cara

  1. blend semua bahan sehingga menjadi pes basah
  2. masukkan pes rendang, santan asam keping, garam, gula, kerisik kedalam kuali dan daun limau purut
  3. renehkan seketika sehingga mendidih sedikt
  4. masukkan aym, biarkan sehingga aym keluaqkan airnya dan biar datas api sehingga pekat
  5. kepekaan rendang mengikut ctarasa masing2. kalau suka berkuah jangan diabiarkan terlalu lama diatas api.
  6. bila rendang sudah kering masukkan hirisan daun kunyit ..
enjoy! 
rendang pedas



copyright/ rujukan from other sumber, but forgot already which web tehee :)

xoxo:nadiaOth