Thursday, September 25, 2014

kenangan

belom pun sampai pertengahan semester, cuma baru minggu ketiga dalam semester ni,. tapi dia punya serabut macam dah nak dekat final. semester ni ja aku amik dua 'killing paper', mahu tak mati aku semester ni. walau apapun aku kena buat sungguh-sungguh, mana taknya semester ni ja yang tinggal sebelum aku berangkat untuk ke latihan industri. satu punya hal, aku tak pilih lagi nak LI kat mana. nak mintak kat Gomen takut takdak banyak keja plus elaun pun tak dapat. and kalau mintak swasta pulak nanti depa bagi banyak keja pulak, lagi nak pikir pasal transport and tempat tinggal. tapi nye pun adoiii elaun pasti lah akan dapat. yang penting pengalaman tu yang penting. ada lah aku nak penuhkan kat 'log book' tu banyak sikit. 

time ni jelah pun aku nak merungut pasai study, dngan banyak esaimen, dengan paper yang susah, dengan pensyarah yang garang plus kedekut markah and banyak lagi. pasti pasti dan pasti akan aku rindu saat semua ni. takde dah nak melepak kat kedai mamak sampai subuh, bersengkang mata sampai esok pagi, ni semua angkara esaimen yang tinggal bertimbun-timbun dan exam week. hehe sem-sem terakir ni pun dah terasa kesunyian sedikit sebab ramai member-member yang seangkatan dah mula praktikal dan ada yang nak konvo. T_T sebabnya depa tu dapat transfer kredit banyak dari aku, tu pasal lah dapat habis cepat. habis tinggal  aku dengan si makjemah tu jelah yang tinggal. tapi yang pelik nya setiap semester terakhir ni kami pasti dapat geng-geng baru untuk 'hangout'. so nampak tak betapa kami tak boring :) walau apapun yang aku hadapi samada pahit dan manis dalam uni ni, aku pasti akan rindu dan aku bersyukur sebab merasai study di sini (USM). merasai kehidupan di kampus, seronok semuanya. zaman remaja aku tak disia-siakan dengan begitu saja. :') ni smua berkat doa dari ibu dan ayah aku jugak. tanpa sokongan dan dorongan depa, aku takkan ada sampai peringkat ni. semoga aku habis cepat habis study and cari keja. boleh lah mereka merasa duit aku pulakk. TQVM ibu ayah <3 LOVE

No comments:

Post a Comment