Sunday, November 27, 2016
Saturday, September 24, 2016
π
aku nampak garang
steady ja bila berdiri
sebab apa?
sebab aku anak sulong
sebab aku kakak
sebab aku dah besaq
but reality is
aku nak perhatian
aku nak kasih sayang
aku nak pelukan
aku masih seorang yang lemah
sokongan yang aku perlukan
pelukan yang aku perlukan, tika aku lemah dan sedih
demi Allah aku perlukan semua tu
terutama dari keluarga
kadang aku tak pandai luahkan π
(but Alhamdulillah aku merasa kasih syg dari keluarga aku
thankyou Allah )
Monday, July 4, 2016
Raya nak mai dah oiii
Assalamualaikum
Alhamdulillah dah masuk 29 Ramadhan. Tinggai berapa hari ja lagi kita nak sambut raya. so dgn ni aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin . Ampun maaf dipinta ππ
Dan lagi nak update time kijo. Aircond rosak weii otak pun jem kat opis ni
Tuesday, May 31, 2016
recently aku dah tukar job and position ni kindly okay bagi aku, tapi banyak tanggungjawab aku kena pikul. which is aku okay and happy sebab dia bukan 24 hours nak stay dekat office and pantau semua kerja aku, Alhamdulillah tapi yang buat aku pressure bila suddenly dia tanya macam-macam buat serupa aku ni dah kerja 40 tahun dengan dia. π€ other than that Alhamdulillah masalah lain tadak lagi just totaly a lot of works to do lah kan, nama pun kijo.
Apa boleh aku kata walaupun hang ada degree diploma ka its okay kalau hang kerja jadi kuli sekali pun, biar start dari bawah pun i think its okay. Dari situ la hang nak dapatkan experiences. For me dari tak kerja apa, dari hang nak tunggu kerja sebagai pegawai ka kan.. better hang kerja apa pun takpa. At least you have some experiences to put in your resume right?
kekadang aku tulis macam ni semua pun just nak pujuk hati aku sendiri. Mana tau aku belajar selok belok perniagaan and someday i will open my own shop π InshaAllah
Sunday, May 22, 2016
Asma's wedding
21.05.16
Hari bersejarah buat my bestie Asma Amira and her husband. Percintaan yang agak lama almost 8 years, and Alhamdulillah now they got married.
Memang dah dapat agak dia akan menamatkan zaman bujang terlebih dahulu dari aku, tapi tak jangka jugak aku dengan secepat ni pulak dia akan tamatkan zaman bujang dia. Benda yang baik mestilah kena cepat cepat kan. And all went well, macam apa yang dirancang. Walaupun ada sedikit kelam kelibut tapi its okay. And sejuk ja haritu sebab Allah beri sedikit hujan rahmat, Alhamdulillah.
After this Aku harap kami still dapat hangout walaupun she became MRs,.
For my bestie, you are married now and became MRS ASMA AMIRA. Alhamdulillah your dreams came true, Allah ease everything dari mula tunang, then all planning stuffs, until your big day. Im also glad you shared with me, every single thing that you plan. And almost every week, every day we had to meet up for you to shared with me all your planning. I hope we still can meet up, share everything, can makan-makan and cari tempat yang best untuk lepak. I missed you already, Nad doakan Asma and Jidan kekal bahagia, berkekalan sehingga jannah, jadi isteri solehah, anak yg solehah. Moga cepat dikurniakan cahaya mata dan moga juga rezeki bertambah-tambah. Moga terus mecari keredhaan Allah bersama-sama. p/s: and dont forget to share any tips perkahwinan, dari planning nak buat resepsi and rahsia rumahtangga tau hehe
I love you my dear Asma
xoxo NadOthman
Saturday, April 23, 2016
#sakitnyahati
aku buntu
samada nak ikut hati sendiri atau nak ikut kata orang lain and jaga hati mereka
sampaikan nanti makan diri aku sendiri pulak π’
Friday, April 22, 2016
Rezeki Allah
Alhamdulillah harini pergi Interview then kat situ jugak dapat jawapan dia, Alhamdulillah aku dapat kerja tu.
Baru-baru ni aku berhenti kerja, sebabnya tak puas hati dengan benefit yang company aku bagi tu. and hari ni aku pergilah interview.
Aku sangat bersyukur sebab rezeki Allah bagi tak putus putus. Yakin dengan Allah pasti Allah tolong dan bantu kita.
Yang penting apa yang kita buat tetapkan dengan niat kerana Allah taala, banyak lagi kekurangan diri ni tapi Allah tetap bantu. Kadang malu dengan Allah tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik.
Rezeki yang kita dapat tu jangan lokek nak berkongsi, itu yang penting. Harap kita tetap dan terus istiqomah dalam melakukan kebaikan. Dan moga pengakhiran hidup kita berakhir dengan baik. InshaAllah πΉkita sama sama berdoa okayy ✌π»️☺️
xoxo NadOthman
Wednesday, April 20, 2016
✈️
apa perasaan orang yg selalu pergi travel. macam backpckers, pakai redah stay kat tempat orang. teringin gila nak berhijrah ke tempat orang and merasa macam mana stay kat sana. tak duk lama pun tapi pergi bercuti pun jadilah. tu adalah impian aku. nak pergi madinah, mekah, kashmir mungkin Haha tempat pelik pelik memang aku suka p, sebabkan keindahan tempat tu mungkin . kan best kalau lari ke tempat orang seketika. tapi sat jelah duk sana sebab aku ni jenis homesick sikit. tak sampai berapa hari mesti duk nangis nak jumpa family dah hehe .
kalau dapat partner yang kaki travel lagi best kan. tapi duit poket pun kena cukup lah. but first thing first just dream on inshaAllah dengan kesungguhan pasti kita akan capai.
Btw lagi 9 hari, parents aku nak tunaikan umrah and melawat Turki (syoknyaa) . Doakan untuk mereka diberikan kesihatan yang baik semoga mereka dapat menunaikan umrah dengan baik InshaAllah ☺️πΉ
xoxo NadOthman
Wednesday, December 23, 2015
selamat hari kelahiran Ya Kekasih Allah
Alhamdulillah esok (23hb Dis 2015) bersamaan 12 Rabiulawal 1437 adalah Hari Kelahiran kekasih Allah, Ya Rasulullah SAW. semua gembira untuk menyambut kelahirannya dan sentiasa mengingati baginda ☺️
Jom kita mengetahui latar belakang baginda. Tak kenal maka tak cinta kan. tapi tak melihat baginda pun hati kita telah mencintai nya. Subhanallah.
Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.
Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim, Al-Amin.
Bangsa :
• Arab Quraisy
Agama :
• Islam
Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.
Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.
Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].
Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.
Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.
Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.
Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.
Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.
Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.
Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.
Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.
Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].
Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].
Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.
Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.
Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.
Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.
Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.
Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi Ψ£ΩΩΩΨ§ΩΨΉΨ²Ω
[ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• Ψ΅ΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΨΉΩΩΩ ΩΨ³ΩΩ
Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.
Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].
Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.
Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.
Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].
Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]
Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.
Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.
Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.
Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”
Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”
Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.
Wednesday, December 16, 2015
aku yang jahat
semua buruk aku, nampak
bila aku buat baik ada nak ingat?
ada ka yang nak hargai?
semua benda yang aku buat salah?
paling berdosa sekali aku lah!!
terima kasih sebab buat aku berfikir panjang hariniπΉ
Monday, December 14, 2015
wedding 2015
Assalamualaikum wbt
sekarang ni kan musim cuti so banyak lah wedding sana sini, ampa pun mesti sibuk attend kenduri kawan la , anak makcik bedah punya kenduri la , kenduri pak tam kawen lagi ka, macam macam la kan. hehe
on this year 2 orang member baik aku kawen. eton wedding bulan 9 and kinah bulan 12 haritu. Alhamdulillah dalam aku sibuk keja pun dapat jugak p kenduri depa. sorang kat serembang lagi sorang kat melaka.
Bila lagi nak jumpa depa and member2 yang lain kan. dekat situ lah boleh buat reunion pun, nasib lah laki masing masing sporting and bukan sombong punya orang. layankan saja kepala hotak kami ni.
So sekarang tinggal lagi 4 orang belum kawen tapi sorang dah bertunang . InshaAllah bulan 8@9 attend kenduri dia pulakk . π☺️
Eton's wedding
At kynot's wedding
nadoth
Labels:
friends
Location:penang, malaysia
Taman Patani Jaya Taman Patani Jaya
Wednesday, September 16, 2015
memaafkan dan dimaafkan
salam malaysia day!
Harini aku cuti so feel free nak update blog aku. yes aku dah keja Alhamdulillah rezeki Allah. walaupun keja tak lah berapa gah tapi sekadar menimba pengalaman sementara nak dapat yang lebih baik. almaklumlah ekonomi kita pun bukan baik sangat kalau memilih sangat pun apa pun tadokk. anyway aku nak mnyembang ni bukan lah pasai keja aku tapi nak cakap pasai maaf sorry miyane etc. kalau ang nak hidup bahagia and tenang cubalah belajaq untuk memaafkan orang. walaupun perkara yang kecil. dari situ kita dapat kawal and merendahkan ego kita, tak salah pun kalau ego kita tu sampai ke kaki, bukanlah nak suruh orang pijak kepala kita but just try to be nice ☺️ aku rasa tak salah pun. aku tak kata lah aku ni baik sangat tapi aku memang tak pandai nak berdendam and sometimes kawan aku kata aku ni bodoh sebab mintak maaf walaupun aku tak buat salah. aku diajaq untuk meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang. biarlah hidup ni tanpa ada rasa dendam, sebab apa? Kita nak hidup lama dan nak bawak ke akhirat kelak tak mau lah nanti ditanya macam2 kan. dosa dah berguni guni tambah pulak nak campur dosa yang kecik kecik macam ni lagi lah tak mau aku. if kekadang pun aku rasa tak tenang selagi aku tak mintak maaf. mana nak tau esok kita kembali kepadaNya kan Allahuakbar!
p/s: aku nak amik kesempatan untuk memohon maaf kalau aku ada buat salah penulisan aku kurang enak atau percakapan aku mengguruskan hati ampa mihin maaf ye π☺️
xoxo nadothman
Thursday, August 27, 2015
If I stay #movie
Hey there!
Okay untuk entry ni aku nak review and bagitau pasai satu movie ni and it have been my favourite movie of this year. Actually movie dah established tahun lepas, which is 2014. tapi aku lambat nak tengok haha. tu pun HBO yang tayangkan kalau tak memang aku tak layan. Lagipun, tahun lepas sibuk dengan movie The Fault of Our Star (tfios) so tu yang tak tengok and tak tahu pun movie If I stay wujud. Btw, movie If I stay ni best gak layan sebab ada kaitan tentang family, partners and sibling. Yang penting hubungan antara keluarga lah yang aku nampak. Just imagine when you wake up from koma and found out, the whole family members ang dah meninggal. especially your parents. That time masa aku tengok air mata berjurai bak ayaq terjun. I just cant imagine bout that.
Nak story about the summary memang aku takkan nak cita lah sebab malas! haha
Just tengok and layan baru ada feel hampa nak layan. Confirm nangis sampai nak guna towel lah, sebab nak lap ayaq mata tu kan hehe.
Soundtracks untuk movie ni pun best. Lagipun, director memang tubuhkan band palsu untuk menarik lagi movie ni. Which is, memang best and lagu-lagu depa pun best nak layan. sapa suka indie rock tu memang layan lah. :) Try search beli dvd atau download je and tengok, pasti syiok! hehe
p/s: Jamie blackly pun hensem lagi, tu yang bonus nak tengok movie ni! heroin pun not bad cantik, memang super cantik pun :)
Enjoy! NadOthman
Tuesday, August 25, 2015
Terasa nak update blog aku ni. saja aku blank kan tajuk tu sebab tak tahu apa nak carut dalam ni. saja memang saja aku blank memang rasa saja nak update blog aku ni. sebabnya saja.
Lagu New thang by Red foo sebagai background music, lagi macam semangat aku nak merepek. haha. Orang kata lagu rancak bagi semangat sikit kat kita kan. thats true. by the way sekarang aku dah habis study so officialy penganggur Hahaha. so takdelah keja kita cari lah keja nak merepek kat sini. Damn true aku rindu campus life. just melepak and study. no worries about work. tapi this is reality, just grow up nad! wake up !
Resume and all application untuk keja semua aku apply. dari kerani, cs and executive, semua aku apply. Tapi apa kan daya takda rezeki lagi. Interiview jangan cakap banyak kali gak pgi ada yang tak panggil balik pun. I just think positive. Rezeki Allah yang bagi, lambat and cepat ja. Aku berusaha and selainnya aku tawakal and berserah pada Allah. And aku takkan pernah putus asa. what i need is just to find money, malah Grdian and watson pun aku ada apply as part time job pun depa tak panggil lagi. Duit mak ayah bagi and duit ang sendiri tak sama, sometimes aku nak jugak bantu depa. Im 25 y/o dah kot, ashamed on you la nad. apakan daya mungkin leas aku update ni or keesokan hari dapat news pasai new job kan. sapa tau kuasa Allah. i dont have to think negative and i dont wanna be a negative person. So aku akan try lagi apply. and I dont want to give up.!
“Sentiasa berasakan Allah segala-galanya, manusia tidak ada makna apa-apa pun dalam hidup kita."
-Prof Dr Muhaya
Later...
xoxo Nadiaoth
Tuesday, June 23, 2015
Trip to Singapore
Last semester, after the final exam, my girlfriends and I have been to Singapore. seriously it was an expected vacay for us. and it also will be called as "farewell vacations" to us. almaklumlah semua dah habis study. so its hard to meet up after this.
the ticket flight had been booked by one of my friends. we will fly from Penang International Airport to JB (Skudai), and it takes for 1 hour to reached there. memang excited and very first time for me nak pergi bercuti dengan kawan-kawan, especially luar negara pulak tu. memang "perak" lah sat kan (loghat utagha).
sampai sana kami check in kat MPC, Johor, as suggested by my mom. sangat lah murah disebabkan ayah aku bekerja di MPC. bilik dia pun quite okay jugak, by the way kami pun tak mampu nak menyewa hotel yang 5 stars so MPC's Hostel pun dah memadai. nak cari makan pun senang sebab ada foodcourt yang berdekatan dekat dengan MPC tu. sampai ja sana kami round-round area JB dulu. and it also my first time nak round JB.
yang menjadi masalah kami di sana adalah transportation. dari menaiki bas, walking and lastly naik teksi. banyak duit habis kat situ lah. memang mahai jugaklah tsk tsk tsk..sampai lah kami berjalan then pulang ke MPC and tidoq...
then on second day, kami start our journey to SINGAPORE. kawan aku dah pun booked ticket perjalanan ke Singapore and untuk masuk ke Universal Studio jugak. kalau tak silap ongkos nya adalah RM 196.00. harga tu termasuk pergi dan balik dari Malaysia and Singapore. and amik masa sejam je nak ke USS tu, tak lama sangat pun. excited dia memang tak terkira sebab USS kot. memang dream come true lah bagi aku. lastly I made it ! :)
sampai ja sana take a selfie must be IMPORTANT! haha tangkap gambo kat sini mau ambil sejam jugak lah. nak melayan kerenah 7 bebudak memang payah lah sikit hehehe (termasuk aku la tu).
tips in USS :
- Makan terlebih dahulu. sebelum nak masuk kami penuhkan tank perut dulu so, kami tak lah menggigal mencari makanan kat sana. as you know dalam sana guna Dolllar okay not Ringgit. just prepared roti jelah kalau takut lapo and your mineral water must bring okay. tapi tips hanya berguna pada students jelah, kalau pergi dengan family memang lah terlebih mampu nak beli kan
- Tandas. macam digembar gemburkan ada yang kata tadak paip lah just kena guna tisu jelah, that wasnt true. ada je paip cuma just satu tandas je yang diorang prepare paip. but at least ada kan and sangatlah selesa nak guna.
- Surau. unfortunately, surau memang tak disediakan, as i know lah. punyalah kami mencari tapi tak disediakan. jenuh nak qada' sampai ke JB barulah dapat solat. tapi silap kami jugak tak brought our telekung, so kalau nak senang just bring your telekung and bawak lah apa-apa pelapik bagi senang yang nak solat tepi tangga kan.
- Lepak seharian. kalau dah masuk USS tu janganlah stay dalam sana setengah hari. bayar mahal-mahal just main puas-puas kat dalam USS tu. banyak Game yang best and mainlah sampai hilang semua suara nak menjerit, hehehe. antara Game yang best, Transformer, The Mummy (tapi aku tak masuk ngee~), Roller coaster and Shrek. that was fun and also boleh la begambor dekat streets yang macam ala-ala NY tu. sungguh berbaloi bayar beratus-ratus.
kami lepak sampai lah 7 pm, bas akan ambil 8.30 pmso kami just melepak dekat luar are Globe USS tu. Kalau ada duit lebih tu tak salah nak try short vacay dengan kengkawan or dengan family sendiri. so for my girlfriends, next trip maybe ? :)
xoxo nadOth
Monday, June 15, 2015
new journey
its been awhile aku tak menulis kat dalam blog ni. nak dekat 10 bulan jugak la. yeke? hmm
mana tak nya habis ja exam terus tak pegang lappy duk rumah mana ada masa nak ngahdap lappy dah. pandang TV jala hehe lagipun aku sekarang intern lagi lah malas nak update. balik ja keja terus rehat and tidoq pun dah awal sekarang. HOHO.
dah 4 months aku jadi budak intern, another 2 weeks IM DONE! InshaAllah
tak sabar nak habis pun ada tapi mesti aku rindu student's life, gerenti punya aku rindu. time intern pun aku dah mula rasa rindu. ye lah time study la banyak masa nak lepak-lepak dengan member. masalah pun takyah nak pikiaq sangat paling taknya pun stress time assignment and final exam tu jelah. and aku pulak non-stop jadi student since habis sekolah then Diploma then Degree pulak. can you imagine 7 years. boleh jadi student doctor dah kan. tapi aku tak minat nak jadi doctor. huhu
by the way, a few things aku tak sabar pas intern ni adalah, first thing first ofcourse aku punya convo, then macam manalah alam pekerjaan nanti. yang real punya. huhu cant wait pun ada. sekarang pun dah duk pulun mencari, yang ada tawaran pun kebanyakan swasta. apa sekali yang datang pun i will grab it for my experience kan. inshaallah aku percaya pada rezeki Allah, Dia akan datang lambat dan cepat ja. aslakan kita berusaha untuk mencari, kalau menunggu tanpa usaha sampai bila dia nak datang kan..
xoxo Nadiaothman
Thursday, October 9, 2014
ikat perut
Assalamualaikum. isu menteri 'merungut' tentang gajinya yang rm6500 tidak cukup tu, makin hangat diperkatakan. mana tak nya gaji yang banyak macam tu pun masih tetap merungut. macam mana pulak yang gaji tak sampai seribu? mana pergi nya rasa syukur? ada kisah dari zaman Rasulullah, ini pun aku c/p dari matluthfi:
"Ikat perut" perkataan itu mengingatkn sy kepada kisah Rasulullah s.a.w yg menjadi pemimpin paling hebat yg sepatutnya pemimpin kita hari ini contohi.. mari kita sama2 ikuti semula kisah tersebut..
Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup, seolah-olah sendi tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda. Selepas selesai bersembahyang Umar bertanya: “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar," balas Baginda.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan pada tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu kecil itu yang menimbulkan bunyi halus setiap kali Baginda bergerak.
“Ya Rasulullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” tanya Umar.
Lalu, Baginda menjawab dengan lembut: “Tidak sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”
:'(
p/s: kalau si menteri tu faham tolonglah ambil iktibar, bukan sahaja untuk menteri tu. sedikit pesanan buat diri kita jugak. rezeki Allah tu banyak, kalau kita pandai bersyukur.
tazkirah jumaat :)
Nadioth
Wednesday, October 8, 2014
jodoh sahabatku
Assalamualaikum.
kebelakangan ni aku dapat banyak berita dari sahabat-sahabtku. yang mana dahulunya memang rapat. disebabkan faktor usia, faktor pindah sekolah dan rumah, hubungan menjadi renggang. first start dengan syahirah saufee, time sekolah rendah dulu memang rapat dengan dia. kadang2 masam muka, merajuk semua ada. tapi tulah kawan rapat aku time kecik. tapi kami semakin renggang disebabkan berlainan kelas dan terus terpisah selepas tamat sekolah rendah. sampailah masuk USM (2011) jumpa balik, aku ingat lagi time tu nak ambil gambar untuk kad matrik. terkejut jugak jumpa dia sebab betul betul tak sangka. nasib dia pun ingat aku lagi. and baru-baru ni aku dapat berita yang dia akan menamatkan zaman bujang dia dalam pertengahan bulan 10 ni. alhamdulillah jodoh dia sampai awal. dia pun dah nak grad. tulah cerita pasai seorang sahabat karib aku yang dulu.

second pulak, pasai nasheha nasir yang amat aku sayang. tapi tahun lepas hubungan kami agak renggang. punca? aku pun tak tahu. dia mendiamkan diri, dan mungkin salah aku yang mendiamkan diri jugak. dalam diam2 dia, baru baru ni aku dapat tahu dia dah mengandung. time birthday dia aku dapat tahu. yang dia dah kawen tahun lepas and dijangkakan bulan 12 tahun ni dia akan bersalin. mesti comeyyy :') aku doakan semoga semuanya berjalan lancar.lama tak lepak dengan dia, rindu sesangat. :'( tapi orang dah kawen ni susah sikit kalau nak ngajak jumpa mesti susahkan? takpelah doa dari jauh pun tak salah.
yang third pulak, kak aishah aka sebagai akak aku sendiri. arwah mak and kak aishah la jaga kami adik beradik masa kecik bila ibu ayah aku pergi kerja. dapat invitation akan kawen bulan 12 ni. alhamdulillah kak aishah nak kawen dah!! yang ni inshaallah aku akan menghadirkan diri. lagipun lama tak jumpa dia, since arwah mak meninggal tahun lepas (2013) mungkin. harap dia tabah, ni dah ada orang yang akan jaga dia, inshaallah semoga berjalan lancar diharapkan.
ketiga-tiga orang yang aku cerita ni, memang rapat sangat dengan aku, pada masa dulu. tapi Allah tetap memberi ingatan kepada depa untuk teringat pada aku dan mempertemu kan kami. alhamdulillah ..aku harap semua berjalan lancar. inshaallah aku akan hadirkan diri pada kenduri kawen depa. jodoh aku ? lambat lagi. still mencari cari dan menunggu . tolong doakan aku ya, semoga cepat temu jodoh inshaallah :D

nadiaoth
Monday, October 6, 2014
raya aidiladha 2014
assalamualaikum. Alhamdulillah hari ahad yang lepas (5/10/2014) kita telah sambut raya haji dengan sederhana. dan kepada jemaah haji yang menunaikan haji, semoga depa mendapat haji yang mabrur. raya haji tahun ni, kami sekeluarga hanya spent time dekat rumah and pergi rumah maklong. and tak lah meriah sangat. tapi selalunya di belah utara memang kurang meriah kalau sambutan raya haji ni. yang meriah di sebelah kelantan, terengganu. tahun ni pun ibu just buat nasi tomato, ayam masak merah, daging kicap dan dalca. memang awesome tapi tak sempat nak tangkap gambaq. bagi kwan-kawan aku dari indonesia try pun, depa kata sedap. :)
lepas kami sekeluarga balik dari rumah maklong, kami dapat berita jiran belakang rumah (suami) telah meninggal dunia. memang terkejut sangat, memang tak sangka. tulah Allah nak tunjuk kan mati ni tak kira kita ni tua atau muda. bila-bila Allah boleh tarik nyawa. Anak-anak arwah still kecik, bila tanya dia, dia akan kata "papa tengah tidoq". sayunya.. bila tengok anak yang sulong pulak, betul-betul buat aku rasa sedih. apa perasaan dia sebab nak menghadapi semua tu. semoga depa tabah hadapi ujian Allah. and semoga roh arwah tenang di Sana.
berita baik yang aku dapat pulak. one of member group DP telah selamat melahirkan anak. of course lah Kak Nad. baby gebu macam mak dia. hehe dia dapat anak lelaki. Alhamdulillah semua berjalan lancar. lepas ni giliran ika atau adeq pulak. yelah depa dua orang yang tengah bunting sekarang .. :) harap seua berjalan dengan lancar. due depa pun sama tarikh, tahun depan. tak zabar rasanya
Thursday, September 25, 2014
kenangan
belom pun sampai pertengahan semester, cuma baru minggu ketiga dalam semester ni,. tapi dia punya serabut macam dah nak dekat final. semester ni ja aku amik dua 'killing paper', mahu tak mati aku semester ni. walau apapun aku kena buat sungguh-sungguh, mana taknya semester ni ja yang tinggal sebelum aku berangkat untuk ke latihan industri. satu punya hal, aku tak pilih lagi nak LI kat mana. nak mintak kat Gomen takut takdak banyak keja plus elaun pun tak dapat. and kalau mintak swasta pulak nanti depa bagi banyak keja pulak, lagi nak pikir pasal transport and tempat tinggal. tapi nye pun adoiii elaun pasti lah akan dapat. yang penting pengalaman tu yang penting. ada lah aku nak penuhkan kat 'log book' tu banyak sikit.
time ni jelah pun aku nak merungut pasai study, dngan banyak esaimen, dengan paper yang susah, dengan pensyarah yang garang plus kedekut markah and banyak lagi. pasti pasti dan pasti akan aku rindu saat semua ni. takde dah nak melepak kat kedai mamak sampai subuh, bersengkang mata sampai esok pagi, ni semua angkara esaimen yang tinggal bertimbun-timbun dan exam week. hehe sem-sem terakir ni pun dah terasa kesunyian sedikit sebab ramai member-member yang seangkatan dah mula praktikal dan ada yang nak konvo. T_T sebabnya depa tu dapat transfer kredit banyak dari aku, tu pasal lah dapat habis cepat. habis tinggal aku dengan si makjemah tu jelah yang tinggal. tapi yang pelik nya setiap semester terakhir ni kami pasti dapat geng-geng baru untuk 'hangout'. so nampak tak betapa kami tak boring :) walau apapun yang aku hadapi samada pahit dan manis dalam uni ni, aku pasti akan rindu dan aku bersyukur sebab merasai study di sini (USM). merasai kehidupan di kampus, seronok semuanya. zaman remaja aku tak disia-siakan dengan begitu saja. :') ni smua berkat doa dari ibu dan ayah aku jugak. tanpa sokongan dan dorongan depa, aku takkan ada sampai peringkat ni. semoga aku habis cepat habis study and cari keja. boleh lah mereka merasa duit aku pulakk. TQVM ibu ayah <3 LOVE
Subscribe to:
Posts (Atom)









