Thursday, October 9, 2014

ikat perut

Assalamualaikum. isu menteri 'merungut' tentang gajinya yang rm6500 tidak cukup tu, makin hangat diperkatakan. mana tak nya gaji yang banyak macam tu pun masih tetap merungut. macam mana pulak yang gaji tak sampai seribu? mana pergi nya rasa syukur? ada kisah dari zaman Rasulullah, ini pun aku c/p dari matluthfi:

"Ikat perut" perkataan itu mengingatkn sy kepada kisah Rasulullah s.a.w yg menjadi pemimpin paling hebat yg sepatutnya pemimpin kita hari ini contohi.. mari kita sama2 ikuti semula kisah tersebut..
Pada suatu ketika Rasulullah menjadi imam solat. Dilihat oleh sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup, seolah-olah sendi tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda. Selepas selesai bersembahyang Umar bertanya: “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar," balas Baginda.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan pada tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililit sehelai kain berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu kecil itu yang menimbulkan bunyi halus setiap kali Baginda bergerak.
“Ya Rasulullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” tanya Umar.
Lalu, Baginda menjawab dengan lembut: “Tidak sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”
:'(
p/s: kalau si menteri tu faham tolonglah ambil iktibar, bukan sahaja untuk menteri tu. sedikit pesanan buat diri kita jugak. rezeki Allah tu banyak, kalau kita pandai bersyukur. 
tazkirah jumaat :) 
Nadioth

No comments:

Post a Comment