Tuesday, June 10, 2014

exam is coming


Assalamualaikum. 

and happy exam week for those who are taking final exam for this 3 weeks 

aku ada tiga paper lagi nak hadap

then i will enjoy se enjoy enjoy nya :)

anyway good luck ! 

Saturday, May 10, 2014

selamat hari ibu


Dear IBU, 
For all the times that i forgot to 'THANK YOU"
For all the special, little things you do,
For all the words that sometimes are unspoken, 
I need to say "I LOVE YOU IBU... I DO!"

I love you for the way you stop and listen,
And for your kind support throughout the years,
For teaching me the meaning of compassion,
And sharing in my triumphs and my tears.

And is at times, I may have seemed ungrateful, 
I want to say, "I truly hope you see", 
That nothing you have done has been forgotten 
And day by day you just mean more to me.
Kindly truth..

I Love from bottom of my heart 
Even i never say it often
But i mean it


xoxo ur daughter
NurulNadiaOthman

Saturday, April 19, 2014

ini mungkin takdir ku


ini mungkin takdirku?
banyak benda yang luar jangkaan kita
jodoh? maut?
semua di tanganNya
siapa kita mahu pertikaikan
mungkin harini aku hidup bahagia disamping keluargaku
esok hari akan diambil semua dari aku
harapnya tidak, pahala aku bukan cukup tampung aku untuk mengejar syurga kelak

jangan ditanya soal jodoh pada aku
sebab aku bukan tuhan
memang aku boleh merancang cuma aku malas
pengalaman aku cukup mengajar aku erti cinta yang tak seberapa
cinta manusia memang indah cukup indah 
tapi bukan lawannya dengan cinta tuhan
benar! benar! aku belajar dari yang lepas
sehinggakan berasa takut untuk mulakan semua 
biarlah cinta tuhan yang datang terlebih dahulu
kelak jika ada yang betul tepat dan padat untuk aku
Allah akan temukan jua
inshaAllah 

xoxo nadiaOth 
3.47am 

Sunday, April 13, 2014

rendang pedas

as my mom requested, she want me to put this recipe in my blog. so, i will fulfill her demand ..

Rendang Pedas

1 ekor ayam dipotong
2 helai daun kunyit dimayang halus
5 helai daun limau purut 
1/2 kilo santan pekat
4 sdb kerisik
1 keping asam gelugoq

Bahan untuk pesnya
15 tangkai cili kering rendam
15 biji cili padi
11 ulas bawang merah
1" halia
7 batang serai dihiris
1" lengkuas 
1" kunyit hidup

cara-cara

  1. blend semua bahan sehingga menjadi pes basah
  2. masukkan pes rendang, santan asam keping, garam, gula, kerisik kedalam kuali dan daun limau purut
  3. renehkan seketika sehingga mendidih sedikt
  4. masukkan aym, biarkan sehingga aym keluaqkan airnya dan biar datas api sehingga pekat
  5. kepekaan rendang mengikut ctarasa masing2. kalau suka berkuah jangan diabiarkan terlalu lama diatas api.
  6. bila rendang sudah kering masukkan hirisan daun kunyit ..
enjoy! 
rendang pedas



copyright/ rujukan from other sumber, but forgot already which web tehee :)

xoxo:nadiaOth

Tuesday, March 25, 2014

Semoga Allah memelihara mereka



ASSALAMUALAIKUM.

Tatkala kita masih terkejut dan bersedih dengan kesudahan insiden MH370,kerajaan kudeta haram Mesir telah menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 penyokong Presiden Mesir yang sah Dr.Mohamed Morsi. Antara mereka adalah Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin sendiri iaitu Dr.Mohamed Badaie.. Semoga Allah mengangkat mereka sebagai syuhada kelak..

p/s: Di dunia, memang sukar mendapat keadilan... Semoga Allah memelihara mereka...


Wednesday, March 19, 2014

wedding adeq

assalamualaikum, okayy memangdangkan sibuk dengan buat apa entah, baru harini aku dapat post pics wedding adeq niesa. majlis berlangsung ahad yang lepas, 16hb mac 2014. seperti biasa aku akan turun ke melaka dulu baru saing dengan budak-budak yang lain. 

alhamdulillah semua berjalan dengan lancar and alhamdulillah jugak dapat jumpa dengan semua budak-budah DP HAVOC haha. mana-mana tempat kami berjumpa pun, mesti nak memekak. malu kat orang betuii. nak buat macam mana dah lama tak jumpa kann. memang tak rugi pun turun wedding adeq time tu. esaited iolls ...









xoxo NadOth.

sila baca sahabat .

Kenapa Tak Rogol Saya?
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??
Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?
Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam??.
-----------------------------------------------------------------------------------

Sebarkan kepada rakan-rakan anda 

❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Sumber : Portal Islam Murabbi