Wednesday, October 17, 2012

Chapter 2: pEnanG iSland

okay continued entry yang travelogue yang lepas, destinasi seterusnya kitorang lepak-lepak at Botanikal Garden. tempat yang suatu ketika dulu, mengukir banyak kenangan aku bersama keluarga aku. sebelum pindah ke Kepala Batas, time stay at Bayan Baru lagi, Ayah selalu bawa kami anak-beranak pergi ke sana untuk spent time kononnya beriadah di waktu petang ^^ tapi sekarang memang taklah, semua dah besar and lagipun dah pindahkan jauhlah nak pergi ke sana pun. okay sekian lama tak pergi, hari tu aku bawa member-member aku pergi, memang ada perubahan kat area entry tu. makin cantik and tertarik.






DiDi Idayu

Aqilah

hye! its Me =)

Nazurah 


ber-yoga ke?? ^^







kitaorang just lepak2 kat luar je . almaklumlah banyak sangat nyet-nyet dengan kitorang pun makan aiskrim plak memang kena hambat lah kalau kami masuk dalam. rugilah tak dapat bawak member aku berjalan dalam sana. tapi aku janji ngn diorang lain kali aku bawa diorang ^^ jam time tu dah nak dekat pukul 7, nak maghrib dah so, kami pun berangkat pulang tapiiii...bukan pulang ke USM lagi, hehe banyak tempat yang kami berjalan lagi...okay destinasi seterusnya akan continue lagi, nak pergi kelas dah ni malam sat ni aku sambung na .. ^^ to be continue.... (macam drama pulak) 

Monday, October 15, 2012

Cerpen

Assalamualaikum and hye there
korang tahu tak tentang buku KELABU yang hot.........sangat tu
yang sampai sekarang aku tak dapat beli lagi
geram betul aku
buku tu macam pisang goreng panassss
popular takda, pergi Borders pun takda, pergi MPH pun takda
tension betul aku grr =..=*
orang lain dah khatam tentang buku KELABU tu 
aku yang baru merangkak mencari-cari buku tu
harap satu hari nanti aku dapat jugak beli buku tu

okay Sabtu yang lepas aku dah beli sebuah buku yang bertajuk 
CERPEN dari penulis yang sama dari buku KELABU
iaitu Nadia Khan

 

inilah Nadia Khan with her's book CERPEN

okay aku tak khatam lagi buku ni tapi aku dah habis baca 
dalam 4 cerpen mungkin
daripada apa yang aku baca ayat-ayat yang digunakan oleh penulis taklah berat sangat
senang nak faham, maksud aku ayat dia tak berbunga-bunga macam novel cintan2 yang lain
aku kan jenis seorang yang simple 
so aku nak baca sesuatu buku tu pun kena simple 
takdalah berat kepala aku nak pikir sangat ^_^
kalau siapa yang baca cerpen2 ni pun tak bosan 
enjoy je baca cerpen ni
trust me people =)

secara tak langsung aku dah mula minat karya penulisan dari 
Nadia Khan ni sebabnya ayat dia memang straight and simple
sebab lain mungkin nama dia sama dengan aku kot 
Nadia = Nadia haha perasan betoi
anyway and anyhow grab your one 
dapatkan buku ini dipasaran sekarang kalau tak korang akan menyesal
tengok macam aku menyesal tak dapat beli buku KELABU lagi 
hukhukhuk T_T


bermusim kutinggalkan pelabuhan,
layari hidup sendirian,
kembali kumencari fajar suci, 
mengisi sepi hati ini 

NADIAOTHMAN

Friday, October 12, 2012

ed sheeran

dia nampak ja seorang yang simple..
selekeh a.k.a orang panggil dia ala2 sakai
yelah dengan jambang dia yang tak potong
rambut memang macam orang sakai 
BUT...
lagu-lagu dia memang superb habis!! 
memang aku suka sangat-sangat..
masa mulanya aku tak kenal pun sapa Ed Sheeran ni..
adik aku yang IZZAT tu selalu bukak ja lagu dia
tu yang mula aku kenal.
rambut dia yang berwarna oren 
suara yang sangat merdu and agak romantik untuk seorang lelaki
hehe.Verangan sat ada boyfriend macam ni kan 
haha


nilah dia..sakai kan haha
tapi cuba dengar lagu dia dulu ```

okay fine! 
masing2 punya taste berbeza
yup taste aku memang macam ni
nak ikutkan dia ni ala-ala YUNA or AIZAT
sebab pandai buat lagu sendiri 
yang tu baru nama artis ^^
first song yang buat aku terpikat lagu THE A TEAM
then lagu DRUNK, LEGO HOUSE and sampailah lagu sekarang yang dikeluarkan 
kat youtube
cuba layan sat lagu ED SHEERAN ni, 
serius memang tangkap feeling sebab lagu-lagu dia slow ja..
takkan pening kepala punya ^^v
p/s: ni dia punya youtube 
enjoyzzz >_<


okay cau-cin-cau 
..assalamualaikum..
NADIAOTHMAN..




Friday, October 5, 2012

AbAng milO




jam sekarang dah menunjukkan pukul 3.00 am hari sabtu yang bertarikh 6/10/2012
aku memang tak boleh nak tidur lagi walaupun dalam keadaan demam and walaupun dah makan ubat batuk plus selesema. tak tahu lah kenapa still mata aku segar-bugar lagi ni. dalam melangut sorang-sorang tadi aku teringat satu incident 2 tahun lepas time tu bulan puasa, kalau tak silap bulan 8 atau 9. aku tak ingat sangat, tapi yang pasti bulan puasa. okay the story begin...

as I mentioned just now, this happened 2 years ago which aku still study at KUIM, Melaka. aku nak balik Penang, tiket aku pukul 10 malam. kawan aku hantar lambat, kitaorang berborak panjang sangat so tiba kat Melaka Central aka MC dah lebih dari pukul 10 jawabnya memang terlepaslah bas aku. time tu aku dah panik, kawan aku pun dah balik, macam2 aku fikir, nak tidur motel ke, nak balik rumah tok naik teksi ke takkan nak suruh kawan aku patah balik dengan kredit takda.( dekat MC tu lepas pukul 10 semua kedai dah tutup) aku nak nangis ja time tu, takut jugak dah la perempuan duk kat situ. dalam berapa minit kemudian ada bas datang, apa lagi aku pun pi tengok kalau2 bas tu nak pi Penang....

YES!! memang betul dia pi Butterworth, Penang..dalam hati dah menjerit keriangan ^^ tapi masalahnya, aku tak cukup duit nak beli tiket yang baru. aku just ada RM40 dalam dompet aku. aku cerita punya cerita dekat uncle tu, dia pun faham and then dia kata naik saja dia tambahkan duit kat aku. actually harga tiket RM46, so dia tambahkan aku RM6. thank god, dia tolong bayar and memahami walaupun dah kena membebel dengan dia sebab tak punctual ..hee tapi serius kalau uncle tu tak tolong aku gamak aku tak balik penang lah nampkanya..alhamdulillah~~

okay seat single memang penuhlah coz aku naik pun last minit, nak tak nak aku kenalah duduk double seat. dapat pulak duduk dengan sorang lelaki ni. aku yang tanpa rasa segan silu pi duduk ja sebelah dia, betul2 hard core aku dah buat huhu ..padahal hati ni malu ja, dah lah buat kecoh kat depan bas sebab beli tiket last minute. ^^v selang berapa minit kemudian bas pun berjalan ~~~

dalam on the way tu, aku tak tahu macam mana aku tidur kat dalam bas tu, bersandar macam mana, kaki sure2 letak kat atas kerusi. kalau duk single seat aku tak kisah sangat coz duk sorang and dalam gelap sapa pun tak nampak tapi ni aku duk dengan abang tu tak tahulah apa jadinya, dia pun tak perasan kot, malam sapa nak nampak ^^ sebelum sahur nak habis, bas berhenti dekat petronas. sapa2 yang nak buang air nak isi air, nak beli makan ka boleh lah pergi~~ aku just duk dalam bus, terasa malas nak turun and kalau nak beli makanan pun manalah ada duit, kan dah habis beli tiket (kesian kan T_T) semua penumpang dah naik bus, macam2 aku tengok diorang beli, yang india cina pun beli mengalahkan orang yang nak makan sahur pun ada.. huhu

abang tu pun ada beli jugak, yelah nak isi perut aka nak makan sahur sekali. dia just beli air milo dua kotak . and dia tanya aku, tak beli makan ke? tak sahur? aku dengan lemah longlainya sebab mengantuk geleng saja kepala tanda taknak. abang tu pun keluarkan air kotak milo, bagi kat aku.........
hehe segan aku nak amik, bila tak amik kesian pulak dia...mula2 tu aku tolak ( malu2 kucing la katakan)
tapi dalam setengah jam tu aku amik, dia just letak kat tepi aku ja haha malu tapi mahu, tulah orang kata rezeki jangan ditolak!
dah minum2 tu aku pun tidur balik,  kami adalah sembang2 sikit tu pun tanya turun mana tu je haha...
kami tidur je, malaih aku nak sembang banyak2... :) sekarang bila teringat balik time tu buat aku menyesal pulak, asal lah aku tak berborak panjang2 dengan abang tu, handsome pun handsome. janggut and spek mata yang buat tertarik, tak lupa jugak sifat gentleman dia belikan + bagi aku air..sweet betul r.. kalau lah aku dapat cam betul2 muka dia kan bagus. tapi tak tahulah dia tu bapak org ka, BF orang ka, tunangan org ka..huhuhu tp motif aku cerita story ni pun sebab aku teringat abang tu punya "sweet", "gentleman" ..
ingat senang nak jumpa laki macam tu..hehe

okay tu jelah cerita aku dengan 'Abang Milo' tu hehe tak tahu nama dia, panggil 'Abang Milo' pun sebab dia belanja aku air milo hehe ^^

note+ p/s: ingat jangan lambat naik bus anda kalau tak kena tinggal macam aku, be punctual ^^ and one more thing, actually kita perlu hati2, jangan mudah teperdaya dengan pemberian orang tapi dalam kes aku ni boleh terima hee yelah, see! aku still alive takda apa2 berlaku.. ^^ (jangan ikut nasihat aku ni, apa2 pun berhati2 )

Assalamualaikum~~
NADIAOTHMAN

Thursday, October 4, 2012

AdA hikmAhnyA~



Jika aq boleh mengundurkan masa,
jika aq boleh mengubah takdir,
hmm...
tapi semua tu mustahil bagi kita sebagai HambaNya di dunia ni
kekadang aq menyesal dengan apa yang berlaku pada diri aq ni
tapibila difikirkan aq tak boleh menyesal dengan takdir Allah
semua ni mungkin ada hikmahnya
mungkin Allah ingin menguji aq 
mungkin Allah memberi peringatan kepada aq untuk mempercayai atau menilai insan bernama LELAKI

Alhamdulillah dengan apa yang berlaku pada diri aq setahun yang lepas
Ia mengajar aq untuk menjadi yang lebih matang untuk mengenal erti cinta
aq telah belajar daripada kesilapan
dan aq tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu
semoga di masa akan datang aq lebih pandai untuk memilih
dan...
semoga Allah memberi aq peluang untuk aq menebus kesilapan aq yang lalu
tidak kira lah kesilpan yang kecil atau yang besar
Amin...



dan
 memang aq masih belajar untuk menjadi anak dan gadis yang solehah dan memerlukan tunjuk ajar, support dan doa dari semua. insya-ALLAH

~AssAlAmuAlAikum~
NADIAOTHMAN

Tuesday, October 2, 2012

judika -aku yang tersakiti




Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti  
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Monday, October 1, 2012

Chapter 1: pEnanG iSland

hari sabtu, 29/9/2012 yang lepas aq and gugurlz aq pi berjimba-jimba around penang. first tu ingat nak sewa kereta, memandangkan kami tak berapa nak cukup bajet so aq dengan hard core pinjam daripada ayah aq. and ayah aq bagi aq pinjam "baby" dia.. thanx ayah ! ^^ so kami boleh berjimba sepuasnya around penang island heee. sepanjang kawan-kawan aq study kat USM Penang ni pun, aq tak bawak diorang jalan-jalan sangat pun, kalau keluar pun just pergi QueensBay, Bukit Jambul, Prangin tu saja. kali ini, aq bawa diorang jalan puas2, sengap sikit mulut depa hee. ^^ pagi-pagi tu (pagi apanya bangun pun dah tengahari) hee kitaorang menuju terus ke Bukit Bendera, tak breakfast tak lunch, excited punya pasal kan terus ke sana





sekian berpuluh tahun lamanya (buat gempak je tu ^^) aq tak naik bukit bendera, sekarang baru dapat naik, yelah nak naik ada ja penghalangnya, macam tahun lepas nak naik diorang renovate. alhamdulillah dengan perubahan yang diorang buat ni, lebih selesa bagi penumpang-penumpang yang naik untuk ke Bukit bendera. memang berdebo naik, laju gila, ala roller coaster pun ada jugak hee ^^. 






view penang dari bukit bendera memang cantik, subhanAllah memang kagum ciptaan Allah. dalam jalan-jalan and cuci mata dengan pemandangan dari atas......




tiba-tiba kitaorang terjumpa.....



FBI kot, hehe memang terkejut and tak sangka langsung, rezeki betul dapat jumpa dia ..kui3, dia sangat sporting walaupun bersama dengan family, siap pesan kirim salam dekat member..so aq nak sampaikan salam dia kat korang ni..FBI kirim salam hehe ^^v dia pun ada event so, dia on the way nak turun dari Penang Hill tu. kami pula meneruskan perjalanan kami berpusing2 di atas bukit bendera .....









masing-masing jadi tak betoi sepanjang jalan pusing2 kat Bukit Bendera, mana taknya berapa ratus meter kitorang jalan kot. tapi best dalam jalan-jalan kat atas sana boleh rakam banyak kenangan ^^ memang best tak rugi and tak rasa penat sangat pun, lagipun cuaca kat atas Bukit Bendera tak rasa panas pun, sejuk ja padahal dah pukul 3 lebih tu. ha.. kat atas Bukit bendera tu banyak rumah banglo, diorang stay rumah tu pun weekend ja, betapa kaya betol diorag tu. rumah weekend atas bukuit lepas tu banglo pulak tu gila r.. kebanyakan rumah atas sana rumah orang cina and indian. kaya~~kaya~~

selesai berjalan habis bergambar kat atas sana kitorang pun turun dengan muka yang sangat puas ^^ turun-turun tu terus pergi cari surau, baru teringat zuhur tak solat lagi... (lagha~~lagha~~) lepas solat zuhur and asar kitaorang teuskan perjalanan round-round Island lagi, tapi tunggu entry seterusnya coz udah letih (12:19 am now) esok ada kelas pukul 8pagi..bestnya~~~ 

bye uolls salam !_!
xoxo:NADIAOTHMAN