jam sekarang dah menunjukkan pukul 3.00 am hari sabtu yang bertarikh 6/10/2012
aku memang tak boleh nak tidur lagi walaupun dalam keadaan demam and walaupun dah makan ubat batuk plus selesema. tak tahu lah kenapa still mata aku segar-bugar lagi ni. dalam melangut sorang-sorang tadi aku teringat satu incident 2 tahun lepas time tu bulan puasa, kalau tak silap bulan 8 atau 9. aku tak ingat sangat, tapi yang pasti bulan puasa. okay the story begin...
as I mentioned just now, this happened 2 years ago which aku still study at KUIM, Melaka. aku nak balik Penang, tiket aku pukul 10 malam. kawan aku hantar lambat, kitaorang berborak panjang sangat so tiba kat Melaka Central aka MC dah lebih dari pukul 10 jawabnya memang terlepaslah bas aku. time tu aku dah panik, kawan aku pun dah balik, macam2 aku fikir, nak tidur motel ke, nak balik rumah tok naik teksi ke takkan nak suruh kawan aku patah balik dengan kredit takda.( dekat MC tu lepas pukul 10 semua kedai dah tutup) aku nak nangis ja time tu, takut jugak dah la perempuan duk kat situ. dalam berapa minit kemudian ada bas datang, apa lagi aku pun pi tengok kalau2 bas tu nak pi Penang....
YES!! memang betul dia pi Butterworth, Penang..dalam hati dah menjerit keriangan ^^ tapi masalahnya, aku tak cukup duit nak beli tiket yang baru. aku just ada RM40 dalam dompet aku. aku cerita punya cerita dekat uncle tu, dia pun faham and then dia kata naik saja dia tambahkan duit kat aku. actually harga tiket RM46, so dia tambahkan aku RM6. thank god, dia tolong bayar and memahami walaupun dah kena membebel dengan dia sebab tak punctual ..hee tapi serius kalau uncle tu tak tolong aku gamak aku tak balik penang lah nampkanya..alhamdulillah~~
okay seat single memang penuhlah coz aku naik pun last minit, nak tak nak aku kenalah duduk double seat. dapat pulak duduk dengan sorang lelaki ni. aku yang tanpa rasa segan silu pi duduk ja sebelah dia, betul2 hard core aku dah buat huhu ..padahal hati ni malu ja, dah lah buat kecoh kat depan bas sebab beli tiket last minute. ^^v selang berapa minit kemudian bas pun berjalan ~~~
dalam on the way tu, aku tak tahu macam mana aku tidur kat dalam bas tu, bersandar macam mana, kaki sure2 letak kat atas kerusi. kalau duk single seat aku tak kisah sangat coz duk sorang and dalam gelap sapa pun tak nampak tapi ni aku duk dengan abang tu tak tahulah apa jadinya, dia pun tak perasan kot, malam sapa nak nampak ^^ sebelum sahur nak habis, bas berhenti dekat petronas. sapa2 yang nak buang air nak isi air, nak beli makan ka boleh lah pergi~~ aku just duk dalam bus, terasa malas nak turun and kalau nak beli makanan pun manalah ada duit, kan dah habis beli tiket (kesian kan T_T) semua penumpang dah naik bus, macam2 aku tengok diorang beli, yang india cina pun beli mengalahkan orang yang nak makan sahur pun ada.. huhu
abang tu pun ada beli jugak, yelah nak isi perut aka nak makan sahur sekali. dia just beli air milo dua kotak . and dia tanya aku, tak beli makan ke? tak sahur? aku dengan lemah longlainya sebab mengantuk geleng saja kepala tanda taknak. abang tu pun keluarkan air kotak milo, bagi kat aku.........
hehe segan aku nak amik, bila tak amik kesian pulak dia...mula2 tu aku tolak ( malu2 kucing la katakan)
tapi dalam setengah jam tu aku amik, dia just letak kat tepi aku ja haha malu tapi mahu, tulah orang kata rezeki jangan ditolak!
dah minum2 tu aku pun tidur balik, kami adalah sembang2 sikit tu pun tanya turun mana tu je haha...
kami tidur je, malaih aku nak sembang banyak2... :) sekarang bila teringat balik time tu buat aku menyesal pulak, asal lah aku tak berborak panjang2 dengan abang tu, handsome pun handsome. janggut and spek mata yang buat tertarik, tak lupa jugak sifat gentleman dia belikan + bagi aku air..sweet betul r.. kalau lah aku dapat cam betul2 muka dia kan bagus. tapi tak tahulah dia tu bapak org ka, BF orang ka, tunangan org ka..huhuhu tp motif aku cerita story ni pun sebab aku teringat abang tu punya "sweet", "gentleman" ..
ingat senang nak jumpa laki macam tu..hehe
okay tu jelah cerita aku dengan 'Abang Milo' tu hehe tak tahu nama dia, panggil 'Abang Milo' pun sebab dia belanja aku air milo hehe ^^
note+ p/s: ingat jangan lambat naik bus anda kalau tak kena tinggal macam aku, be punctual ^^ and one more thing, actually kita perlu hati2, jangan mudah teperdaya dengan pemberian orang tapi dalam kes aku ni boleh terima hee yelah, see! aku still alive takda apa2 berlaku.. ^^ (jangan ikut nasihat aku ni, apa2 pun berhati2 )
Assalamualaikum~~
NADIAOTHMAN
bhati2 yer len kali,, ^^
ReplyDeletehee insya-allah akn berhati2 len kali =)
Delete