Monday, October 29, 2012

my family


أُسْرَتِي

•اِسْمِى نورول ناديا عثمان. هَذَا أُسْرَتِيِ.
• أبي اِسْمُهُ عثمان مد ياتيم. هُوَ كَاتِبَةٌ فِي الشَّرِكَةٌ.
•وَهَذِهِ أُمِّي, اِسْمُهَا نوريزان. هِيَ كَاتِبَةٌ فِي الشَّرِكَةٌ.
•هَذَا أَخِي الصَّغِيرُ, اِسْمُهُ محمد عزت. هُوَ طَالِبٌ في الجَامِعَةِ.
•وَتِلْكَ اُخْتِي صَغِيْرَةُ. اِسْمُهَا نور اردينا, هِيَ تِلمِيذَةٌ فِي الْمَدْرَسَةِ الابْتدَائيَّة.

kalau faham baguslah =) 

Thursday, October 25, 2012

cinta sahabat

"salam.." 
"wasalam" jawab amani dengan penuh tanda tanya siapakah lelaki yang menegurnya di muka buku itu. 
"boleh berkenalan?" tanya kashaf pada amani.
"boleh, apa salahnya." jawab amani tanpa memikir panjang. mungkin jawapan yang diberi agak singkat disebabkan kesunyian yang dilaluinya..

"awak nama apa erk?"
 memandangkan nama di muka buku agak pelik sebab tu kashaf bertanya kepada amani soalan yang agak b**** tu.. 

"panggil je amani"
"owh sedap nama tu..study lagi?"
"yup study lagi, awak pulak ?"
"dah habis study tapi still tanam anggur lagi ^^ "
( tanam anggur aka menjadi penganggur kehormat di rumah ) 
conversations antara amani dan kashaf tidak terhenti sampai disitu sahaja sehinggalah kashaf minta nombor dekat amani. bab membagi nombor handphone ni memang susah sikit untuk amani bagi dekat orang. amani mengambil masa untuk berfikir, takde lah lama mana pun cuma 5 minit je..

"ni nombor hp saya." dengan rela hati dia memberi nombor dekat kashaf.
selang berapa minit, handphone amani berbunyi, nombor yang tidak dikenali terpapr di skrin handphonenye.

"hello?" 
"hai, boleh cakap dengan amani?, hehe"
rupa-rupanya kashaf yang menghubungi amani. mereka berborak tak lama mana pun sebab secara tiba-tiba line terputus. mereka sambung chat di muka buku balik......

seperti yang dikatakan tadi conversations diorang tak habis macam tu saja. kalau tak chat di muka buku diorang akan bermesej di handphone. dah macam sepasang kekasih dah. kalau kashaf balas lambat atau tak reply mesej, perasaan risau, perasan marah, perasaan sedih semuanya bercampur aduk.mulalah semua benda buat tak kena then pakcik makcik setan semua nak menghasut...

"dia keluar dengan awek dia kot"
"dia malas nak layan ko dah kot"
keriangan dan diikuti kebahagiaan mentertawakan aku oleh pakcik-pakcik setan tu lagi buat amani tak senang duduk..sehinggalah handphone dia berbunyi dengan sepantas kilatnya dia mencapai dan menjawab panggilan tersebut.

" awak dah tido ke? sorry tadi tak balas mesej awak. saya sibuk tadi, yelah orang baru dapat keje an "
"eh takpe2 saya okay je, saya faham mesti awak sibuk hehe"
padahal hati dah berkecai tadi masa kashaf tak balas mesej tapi bila dah dengar suara penjelasan dari kashaf lega rasanya ^^

hubungan antara kashaf dan amani semakin hari semakin rapat umpama sepasang kekasih tapi diorang tak bercinta pun just friends. kashaf ada jugak ajak amani jumpa tapi amani menolak, mungkin amani tak bersedia berjumpa dengan kashaf. walaupun tak berjumpa mereka still boleh melihat satu sama lain melalui ym, skype (duniadi hujung jari) . hampir sebulan lebih hubungan diorang terjalin. amani sangat bahagia ada kashaf di waktu terluang dia. 

satu hari amani bermuka buku ada Dee masuk dalam chat dan bertanya samada amani berkawan dengan kashaf ataupun tidak. dia brtanya lagi samada amani 'couple' dengan kashaf ataupun tidak. 
Amani menidakkan..tapi dalam fikiran amani kenapa Dee tanya soalan begitu? Dee ni awek dia ke? 

"dulu Dee pernah 'couple' dengan kashaf"
amani mula tergamam tak sangka kawan baik dia pernah 'couple dengan lelaki yang dia minat. memang tak salah tapi prinsip hidup amani tak mahu ambil bekas atau hak kawan baik dia sendiri.

Dee seorang kawan baik amani, mereka berkawan sejak orentasi 'U' lagi, selalu makan bersama, selalu lepak bersama. tapi amani tak bagitahu tentang kashaf dekat dee sebab amani taknak heboh-hebohkan lagi, dia taknak syoksendiri kerana itulah dia tidak menonjolkan siapa kashaf dihatinya..

"yeke? ani taktahu pulak Dee pernah kenal dengan dia. tapi macam mana Dee 'break' dengan dia?"
yes! memang soalan amani terlalu 'straight forward' sebab dia nak tahu kenapa? 

Dee dah ceritakan semuanya, amani just terdiam dan tak terbalas chat ... amani terus offline dan masuk tidur.
dalam fikiran amani, dia tak percaya kashaf orang yang sebegitu, kashaf seperti bercakap jujur dengannya tak pernah 'kantoi' pun apa-apa...

" dulu dia pernah tackel aku, kitaorang kenal dari kawan-kawan, satu hari tu dia mintak 'couple' tapi kami 'couple' pun tak lama sebabnya awek dia datang serang aku..ye awek.! tak pasal-pasal aku kena serang dengan awek orang. dia marah-marah aku sebab kacau BF dia. apa boleh aku buat aku sedih gila kot orang tipu aku, bila aku tanya dia kata dia takda awek, tapi tup2 aku yang kena"

"kashaf taktahu ke ko kena serang? apa yang dia buat?" tanya amani sambil dengan muka cuak dia

"haha dia nak buat apa? dia larikan diri. bila aku call dia tak angkat, mesej tak balas. sanggup dia buat aku macam tu. dia block aku dari kawan dia. terus lost contact macam tu je...."

beristighfar sekejap amani bila teringat apa yang Dee ceritakan dekat dia tadi, hati dia dah mula berbelah bahagi, berkecai pun ada dengan sikap kashaf yang hanya melarikan diri time-time Dee memerlukannya. amani tak tahu samada nak percaya kashaf atau tak. memang dulu dia pernah bertanya dekat kashaf samada ada awek ke tak, dan jawapan dari kashaf adalah tidak. mungkinkah dia menipu sekali lagi. 

amani cuba buat macam biasa, selepas mendengar cerita dari Dee. amani cuma taknak berat sebelah dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tapi dia juga taknak bertanya walaupun sedikit tentang kashaf dan Dee. bukan apa amani taknak mengeruhkan lagi keadaan....

sudah seminggu lebih kashaf jarang sekali mesej dan call amani. kalau dia hantar mesej pun 'good nite awak' 'selamat malam awak' itu sahaja.. sekali lagi pakcik-pakcik setan mulai menghantui fikiran amani.. dan hati amani tak senang dibuatnya mungkin kashaf memang dah ada orang lain (awek).. 

sehingga sekarang hubungan mereka sebegitu, jarang mesej and call.
amani taknak memberatkan lagi fikirannya, mungkin diorang takde jodoh, dan lama kelamaan perasaan sayang dia terhadap kashaf mula berkurangan.. mungkin ada hikmah...
apa yang pasti amani dan kashaf still menjadi kawan dan tidak bermusuhan..
mungkinkah di masa hadapan mereka akan bersatu atau disebaliknya... wallahualam


*just for fun kalau tak best akan aku perbaiki di masa hadapan.. ^^ its not true story just came from my mind..hope you enjoyed TQ

NADIAOTHMAN 






Tuesday, October 23, 2012

Chapter 3: pEnanG iSland

salam! okay hari ini aku nak sambung and habiskan entry aku berjalan-jalan di penang island. hehe ambil masa yang agak lama nak habiskan entry travel kat penang ni (penang je pun bukan oversea lagi tu) okay let see...kat mana kita berhenti hari tu..

oo okay! kat taman botanikal kan...after we spent time an hour at botanical garden, kitaorang meneruskan perjalanan ke arah tanjung tokong. dengan time tu nak dekat maghrib aku bercadang lepak dekat Straits Quay and solat dekat sana jelah. okay ini pengakuan, straits Quay tu agak dah lama jugaklah dibuka tapi its first time aku jejakkan kaki aku dekat sana. haha orang penang pun belum khatam penang bagi habis lagi okay. kalau jejalan dengan family pun, ayah aku takkan singgah dekat sana sebab tak perasan wujudnya Strais Quay kat situ. tempat dia ala-ala dekat oversea gitu~~ ada banyak bot-bot yang ditinggalkan (ni bukan sebarang bot okay, ni bot-bot orang kaya punya) ^^ lepas kitaorang dah solat barulah kitaorang pg shoot-shoot gambar dekat sana, tapi malam kurang nampak sangatlah (guna kamera handphone je pun) kalau siang nampak view kat sana lebih cantik..













semua tengah feeling-feeling bila duk kat sana. ^^ dah puas lepak kat Straits Quay kitorang menuju ke destinasi seterusnya. dah alang-alang kat tanjung, aku pun bagi cadangan makan dekat food court Gurney. kalau dekat Gurney tu nak cari parking memang berejam lah. kalau dapat pun jauh sebatu dari food court macam kitorg parking. nasib baik bebudak ni tak kisah kalau berjalan sikit hee. mula-mula tengok air pancut kat area Gurney gak (ap ntah nama tempat tu aku lupa lorh ngeeh). next station kitaorang pi mkn pasembor yang popular tu... then baru lepak-lepak kat cofee bean coz didi idayu nak sangat minum coffee.. =)
















hehe dah epas kitaorang puas melepak + berjimba sampai larut malam barulah teringat nak balik hostel. nasib baik malam minggu hari tu tak jem kalau tak merana aku nak drive balik ke rumah. =) so ini sajalah travelogue aku di penang. insya-Allah nanti aku travel ke mana-mana lagi akan aku update di blog =) (perasan macamlah dapat melancong, midterm pun tak habis lagi) hehe.. Kbai ^^v

Wednesday, October 17, 2012

Chapter 2: pEnanG iSland

okay continued entry yang travelogue yang lepas, destinasi seterusnya kitorang lepak-lepak at Botanikal Garden. tempat yang suatu ketika dulu, mengukir banyak kenangan aku bersama keluarga aku. sebelum pindah ke Kepala Batas, time stay at Bayan Baru lagi, Ayah selalu bawa kami anak-beranak pergi ke sana untuk spent time kononnya beriadah di waktu petang ^^ tapi sekarang memang taklah, semua dah besar and lagipun dah pindahkan jauhlah nak pergi ke sana pun. okay sekian lama tak pergi, hari tu aku bawa member-member aku pergi, memang ada perubahan kat area entry tu. makin cantik and tertarik.






DiDi Idayu

Aqilah

hye! its Me =)

Nazurah 


ber-yoga ke?? ^^







kitaorang just lepak2 kat luar je . almaklumlah banyak sangat nyet-nyet dengan kitorang pun makan aiskrim plak memang kena hambat lah kalau kami masuk dalam. rugilah tak dapat bawak member aku berjalan dalam sana. tapi aku janji ngn diorang lain kali aku bawa diorang ^^ jam time tu dah nak dekat pukul 7, nak maghrib dah so, kami pun berangkat pulang tapiiii...bukan pulang ke USM lagi, hehe banyak tempat yang kami berjalan lagi...okay destinasi seterusnya akan continue lagi, nak pergi kelas dah ni malam sat ni aku sambung na .. ^^ to be continue.... (macam drama pulak) 

Monday, October 15, 2012

Cerpen

Assalamualaikum and hye there
korang tahu tak tentang buku KELABU yang hot.........sangat tu
yang sampai sekarang aku tak dapat beli lagi
geram betul aku
buku tu macam pisang goreng panassss
popular takda, pergi Borders pun takda, pergi MPH pun takda
tension betul aku grr =..=*
orang lain dah khatam tentang buku KELABU tu 
aku yang baru merangkak mencari-cari buku tu
harap satu hari nanti aku dapat jugak beli buku tu

okay Sabtu yang lepas aku dah beli sebuah buku yang bertajuk 
CERPEN dari penulis yang sama dari buku KELABU
iaitu Nadia Khan

 

inilah Nadia Khan with her's book CERPEN

okay aku tak khatam lagi buku ni tapi aku dah habis baca 
dalam 4 cerpen mungkin
daripada apa yang aku baca ayat-ayat yang digunakan oleh penulis taklah berat sangat
senang nak faham, maksud aku ayat dia tak berbunga-bunga macam novel cintan2 yang lain
aku kan jenis seorang yang simple 
so aku nak baca sesuatu buku tu pun kena simple 
takdalah berat kepala aku nak pikir sangat ^_^
kalau siapa yang baca cerpen2 ni pun tak bosan 
enjoy je baca cerpen ni
trust me people =)

secara tak langsung aku dah mula minat karya penulisan dari 
Nadia Khan ni sebabnya ayat dia memang straight and simple
sebab lain mungkin nama dia sama dengan aku kot 
Nadia = Nadia haha perasan betoi
anyway and anyhow grab your one 
dapatkan buku ini dipasaran sekarang kalau tak korang akan menyesal
tengok macam aku menyesal tak dapat beli buku KELABU lagi 
hukhukhuk T_T


bermusim kutinggalkan pelabuhan,
layari hidup sendirian,
kembali kumencari fajar suci, 
mengisi sepi hati ini 

NADIAOTHMAN

Friday, October 12, 2012

ed sheeran

dia nampak ja seorang yang simple..
selekeh a.k.a orang panggil dia ala2 sakai
yelah dengan jambang dia yang tak potong
rambut memang macam orang sakai 
BUT...
lagu-lagu dia memang superb habis!! 
memang aku suka sangat-sangat..
masa mulanya aku tak kenal pun sapa Ed Sheeran ni..
adik aku yang IZZAT tu selalu bukak ja lagu dia
tu yang mula aku kenal.
rambut dia yang berwarna oren 
suara yang sangat merdu and agak romantik untuk seorang lelaki
hehe.Verangan sat ada boyfriend macam ni kan 
haha


nilah dia..sakai kan haha
tapi cuba dengar lagu dia dulu ```

okay fine! 
masing2 punya taste berbeza
yup taste aku memang macam ni
nak ikutkan dia ni ala-ala YUNA or AIZAT
sebab pandai buat lagu sendiri 
yang tu baru nama artis ^^
first song yang buat aku terpikat lagu THE A TEAM
then lagu DRUNK, LEGO HOUSE and sampailah lagu sekarang yang dikeluarkan 
kat youtube
cuba layan sat lagu ED SHEERAN ni, 
serius memang tangkap feeling sebab lagu-lagu dia slow ja..
takkan pening kepala punya ^^v
p/s: ni dia punya youtube 
enjoyzzz >_<


okay cau-cin-cau 
..assalamualaikum..
NADIAOTHMAN..




Friday, October 5, 2012

AbAng milO




jam sekarang dah menunjukkan pukul 3.00 am hari sabtu yang bertarikh 6/10/2012
aku memang tak boleh nak tidur lagi walaupun dalam keadaan demam and walaupun dah makan ubat batuk plus selesema. tak tahu lah kenapa still mata aku segar-bugar lagi ni. dalam melangut sorang-sorang tadi aku teringat satu incident 2 tahun lepas time tu bulan puasa, kalau tak silap bulan 8 atau 9. aku tak ingat sangat, tapi yang pasti bulan puasa. okay the story begin...

as I mentioned just now, this happened 2 years ago which aku still study at KUIM, Melaka. aku nak balik Penang, tiket aku pukul 10 malam. kawan aku hantar lambat, kitaorang berborak panjang sangat so tiba kat Melaka Central aka MC dah lebih dari pukul 10 jawabnya memang terlepaslah bas aku. time tu aku dah panik, kawan aku pun dah balik, macam2 aku fikir, nak tidur motel ke, nak balik rumah tok naik teksi ke takkan nak suruh kawan aku patah balik dengan kredit takda.( dekat MC tu lepas pukul 10 semua kedai dah tutup) aku nak nangis ja time tu, takut jugak dah la perempuan duk kat situ. dalam berapa minit kemudian ada bas datang, apa lagi aku pun pi tengok kalau2 bas tu nak pi Penang....

YES!! memang betul dia pi Butterworth, Penang..dalam hati dah menjerit keriangan ^^ tapi masalahnya, aku tak cukup duit nak beli tiket yang baru. aku just ada RM40 dalam dompet aku. aku cerita punya cerita dekat uncle tu, dia pun faham and then dia kata naik saja dia tambahkan duit kat aku. actually harga tiket RM46, so dia tambahkan aku RM6. thank god, dia tolong bayar and memahami walaupun dah kena membebel dengan dia sebab tak punctual ..hee tapi serius kalau uncle tu tak tolong aku gamak aku tak balik penang lah nampkanya..alhamdulillah~~

okay seat single memang penuhlah coz aku naik pun last minit, nak tak nak aku kenalah duduk double seat. dapat pulak duduk dengan sorang lelaki ni. aku yang tanpa rasa segan silu pi duduk ja sebelah dia, betul2 hard core aku dah buat huhu ..padahal hati ni malu ja, dah lah buat kecoh kat depan bas sebab beli tiket last minute. ^^v selang berapa minit kemudian bas pun berjalan ~~~

dalam on the way tu, aku tak tahu macam mana aku tidur kat dalam bas tu, bersandar macam mana, kaki sure2 letak kat atas kerusi. kalau duk single seat aku tak kisah sangat coz duk sorang and dalam gelap sapa pun tak nampak tapi ni aku duk dengan abang tu tak tahulah apa jadinya, dia pun tak perasan kot, malam sapa nak nampak ^^ sebelum sahur nak habis, bas berhenti dekat petronas. sapa2 yang nak buang air nak isi air, nak beli makan ka boleh lah pergi~~ aku just duk dalam bus, terasa malas nak turun and kalau nak beli makanan pun manalah ada duit, kan dah habis beli tiket (kesian kan T_T) semua penumpang dah naik bus, macam2 aku tengok diorang beli, yang india cina pun beli mengalahkan orang yang nak makan sahur pun ada.. huhu

abang tu pun ada beli jugak, yelah nak isi perut aka nak makan sahur sekali. dia just beli air milo dua kotak . and dia tanya aku, tak beli makan ke? tak sahur? aku dengan lemah longlainya sebab mengantuk geleng saja kepala tanda taknak. abang tu pun keluarkan air kotak milo, bagi kat aku.........
hehe segan aku nak amik, bila tak amik kesian pulak dia...mula2 tu aku tolak ( malu2 kucing la katakan)
tapi dalam setengah jam tu aku amik, dia just letak kat tepi aku ja haha malu tapi mahu, tulah orang kata rezeki jangan ditolak!
dah minum2 tu aku pun tidur balik,  kami adalah sembang2 sikit tu pun tanya turun mana tu je haha...
kami tidur je, malaih aku nak sembang banyak2... :) sekarang bila teringat balik time tu buat aku menyesal pulak, asal lah aku tak berborak panjang2 dengan abang tu, handsome pun handsome. janggut and spek mata yang buat tertarik, tak lupa jugak sifat gentleman dia belikan + bagi aku air..sweet betul r.. kalau lah aku dapat cam betul2 muka dia kan bagus. tapi tak tahulah dia tu bapak org ka, BF orang ka, tunangan org ka..huhuhu tp motif aku cerita story ni pun sebab aku teringat abang tu punya "sweet", "gentleman" ..
ingat senang nak jumpa laki macam tu..hehe

okay tu jelah cerita aku dengan 'Abang Milo' tu hehe tak tahu nama dia, panggil 'Abang Milo' pun sebab dia belanja aku air milo hehe ^^

note+ p/s: ingat jangan lambat naik bus anda kalau tak kena tinggal macam aku, be punctual ^^ and one more thing, actually kita perlu hati2, jangan mudah teperdaya dengan pemberian orang tapi dalam kes aku ni boleh terima hee yelah, see! aku still alive takda apa2 berlaku.. ^^ (jangan ikut nasihat aku ni, apa2 pun berhati2 )

Assalamualaikum~~
NADIAOTHMAN

Thursday, October 4, 2012

AdA hikmAhnyA~



Jika aq boleh mengundurkan masa,
jika aq boleh mengubah takdir,
hmm...
tapi semua tu mustahil bagi kita sebagai HambaNya di dunia ni
kekadang aq menyesal dengan apa yang berlaku pada diri aq ni
tapibila difikirkan aq tak boleh menyesal dengan takdir Allah
semua ni mungkin ada hikmahnya
mungkin Allah ingin menguji aq 
mungkin Allah memberi peringatan kepada aq untuk mempercayai atau menilai insan bernama LELAKI

Alhamdulillah dengan apa yang berlaku pada diri aq setahun yang lepas
Ia mengajar aq untuk menjadi yang lebih matang untuk mengenal erti cinta
aq telah belajar daripada kesilapan
dan aq tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu
semoga di masa akan datang aq lebih pandai untuk memilih
dan...
semoga Allah memberi aq peluang untuk aq menebus kesilapan aq yang lalu
tidak kira lah kesilpan yang kecil atau yang besar
Amin...



dan
 memang aq masih belajar untuk menjadi anak dan gadis yang solehah dan memerlukan tunjuk ajar, support dan doa dari semua. insya-ALLAH

~AssAlAmuAlAikum~
NADIAOTHMAN

Tuesday, October 2, 2012

judika -aku yang tersakiti




Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti  
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)

Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia