Monday, July 4, 2016

Raya nak mai dah oiii

Assalamualaikum 
Alhamdulillah dah masuk 29 Ramadhan. Tinggai berapa hari ja lagi kita nak sambut raya. so dgn ni aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin . Ampun maaf dipinta πŸ’•πŸ’•

Dan lagi nak update time kijo. Aircond rosak weii otak pun jem kat opis ni 

Tuesday, May 31, 2016

recently aku dah tukar job and position ni kindly okay bagi aku, tapi banyak tanggungjawab aku kena pikul. which is aku okay and happy sebab dia bukan 24 hours nak stay dekat office and pantau semua kerja aku, Alhamdulillah tapi yang buat aku pressure bila suddenly dia tanya macam-macam buat serupa aku ni dah kerja 40 tahun dengan dia. 😀 other than that Alhamdulillah masalah lain tadak lagi just totaly a lot of works to do lah kan, nama pun kijo. 


Apa boleh aku kata walaupun hang ada degree diploma ka its okay kalau hang kerja jadi kuli sekali pun, biar start dari bawah pun i think its okay. Dari situ la hang nak dapatkan experiences. For me dari tak kerja apa, dari hang nak tunggu kerja sebagai pegawai ka kan.. better hang kerja apa pun takpa. At least you have some experiences to put in your resume right? 

kekadang aku tulis macam ni semua pun just nak pujuk hati aku sendiri. Mana tau aku belajar selok belok perniagaan and someday i will open my own shop πŸ˜„ InshaAllah 

Sunday, May 22, 2016

Asma's wedding

21.05.16

Hari bersejarah buat my bestie Asma Amira and her husband. Percintaan yang agak lama almost 8 years, and Alhamdulillah now they got married. 

Memang dah dapat agak dia akan menamatkan zaman bujang terlebih dahulu dari aku, tapi tak jangka jugak aku dengan secepat ni pulak dia akan tamatkan zaman bujang dia. Benda yang baik mestilah kena cepat cepat kan. And all went well, macam apa yang dirancang. Walaupun ada sedikit kelam kelibut tapi its okay. And sejuk ja haritu sebab Allah beri sedikit hujan rahmat, Alhamdulillah. 

After this Aku harap kami still dapat hangout walaupun she became MRs,. 

For my bestie, you are married now and became MRS ASMA AMIRA. Alhamdulillah your dreams came true, Allah ease everything dari mula tunang, then all planning stuffs, until your big day. Im also glad you shared with me, every single thing that you plan. And almost every week, every day we had to meet up for you to shared with me all your planning. I hope we still can meet up, share everything, can makan-makan and cari tempat yang best untuk lepak. I missed you already, Nad doakan Asma and Jidan kekal bahagia, berkekalan sehingga jannah, jadi isteri solehah, anak yg solehah. Moga cepat dikurniakan cahaya mata dan moga juga rezeki bertambah-tambah. Moga terus mecari keredhaan Allah bersama-sama. p/s: and dont forget to share any tips perkahwinan, dari planning nak buat resepsi and rahsia rumahtangga tau hehe 

I love you my dear Asma 


xoxo NadOthman



Saturday, April 23, 2016

#sakitnyahati

aku buntu 
samada nak ikut hati sendiri atau nak ikut kata orang lain and jaga hati mereka 
sampaikan nanti makan diri aku sendiri pulak 😒 


Friday, April 22, 2016

Rezeki Allah

Alhamdulillah harini pergi Interview then kat situ jugak dapat jawapan dia, Alhamdulillah aku dapat kerja tu. 
Baru-baru ni aku berhenti kerja, sebabnya tak puas hati dengan benefit yang company aku bagi tu. and hari ni aku pergilah interview. 

Aku sangat bersyukur sebab rezeki Allah bagi tak putus putus. Yakin dengan Allah pasti Allah tolong dan bantu kita. 
Yang penting apa yang kita buat tetapkan dengan niat kerana Allah taala, banyak lagi kekurangan diri ni tapi Allah tetap bantu. Kadang malu dengan Allah tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik. 

Rezeki yang kita dapat tu jangan lokek nak berkongsi, itu yang penting. Harap kita tetap dan terus istiqomah dalam melakukan kebaikan. Dan moga pengakhiran hidup kita berakhir dengan baik. InshaAllah 🌹kita sama sama berdoa okayy ✌🏻️☺️

xoxo NadOthman

Wednesday, April 20, 2016

✈️

apa perasaan orang yg selalu pergi travel. macam backpckers, pakai redah stay kat tempat orang. teringin gila nak berhijrah ke tempat orang and merasa macam mana stay kat sana. tak duk lama pun tapi pergi bercuti pun jadilah. tu adalah impian aku. nak pergi madinah, mekah, kashmir mungkin Haha tempat pelik pelik memang aku suka p, sebabkan keindahan tempat tu mungkin . kan best kalau lari ke tempat orang seketika. tapi sat jelah duk sana sebab aku ni jenis homesick sikit. tak sampai berapa hari mesti duk nangis nak jumpa family dah hehe . 

kalau dapat partner yang kaki travel lagi best kan. tapi duit poket pun kena cukup lah. but first thing first just dream on inshaAllah dengan kesungguhan pasti kita akan capai. 

Btw lagi 9 hari, parents aku nak tunaikan umrah and melawat Turki (syoknyaa) . Doakan untuk mereka diberikan kesihatan yang baik semoga mereka dapat menunaikan umrah dengan baik  InshaAllah ☺️🌹

xoxo NadOthman

Wednesday, December 23, 2015

selamat hari kelahiran Ya Kekasih Allah

Alhamdulillah esok (23hb Dis 2015) bersamaan 12 Rabiulawal 1437 adalah Hari Kelahiran kekasih Allah, Ya Rasulullah SAW. semua gembira untuk menyambut kelahirannya dan sentiasa mengingati baginda ☺️ 
Jom kita mengetahui latar belakang baginda. Tak kenal maka tak cinta kan. tapi tak melihat baginda pun hati kita telah mencintai nya. Subhanallah.

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab 

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi Ψ£ΩˆΩ„ΩˆΨ§Ω„ΨΉΨ²Ω… [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• Ψ΅Ω„Ω‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ„ΩŠΩ‡ ΩˆΨ³Ω„Ω…

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan 
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.