Saturday, April 23, 2016

#sakitnyahati

aku buntu 
samada nak ikut hati sendiri atau nak ikut kata orang lain and jaga hati mereka 
sampaikan nanti makan diri aku sendiri pulak ๐Ÿ˜ข 


Friday, April 22, 2016

Rezeki Allah

Alhamdulillah harini pergi Interview then kat situ jugak dapat jawapan dia, Alhamdulillah aku dapat kerja tu. 
Baru-baru ni aku berhenti kerja, sebabnya tak puas hati dengan benefit yang company aku bagi tu. and hari ni aku pergilah interview. 

Aku sangat bersyukur sebab rezeki Allah bagi tak putus putus. Yakin dengan Allah pasti Allah tolong dan bantu kita. 
Yang penting apa yang kita buat tetapkan dengan niat kerana Allah taala, banyak lagi kekurangan diri ni tapi Allah tetap bantu. Kadang malu dengan Allah tapi aku cuba untuk jadi yang terbaik. 

Rezeki yang kita dapat tu jangan lokek nak berkongsi, itu yang penting. Harap kita tetap dan terus istiqomah dalam melakukan kebaikan. Dan moga pengakhiran hidup kita berakhir dengan baik. InshaAllah ๐ŸŒนkita sama sama berdoa okayy ✌๐Ÿป️☺️

xoxo NadOthman

Wednesday, April 20, 2016

✈️

apa perasaan orang yg selalu pergi travel. macam backpckers, pakai redah stay kat tempat orang. teringin gila nak berhijrah ke tempat orang and merasa macam mana stay kat sana. tak duk lama pun tapi pergi bercuti pun jadilah. tu adalah impian aku. nak pergi madinah, mekah, kashmir mungkin Haha tempat pelik pelik memang aku suka p, sebabkan keindahan tempat tu mungkin . kan best kalau lari ke tempat orang seketika. tapi sat jelah duk sana sebab aku ni jenis homesick sikit. tak sampai berapa hari mesti duk nangis nak jumpa family dah hehe . 

kalau dapat partner yang kaki travel lagi best kan. tapi duit poket pun kena cukup lah. but first thing first just dream on inshaAllah dengan kesungguhan pasti kita akan capai. 

Btw lagi 9 hari, parents aku nak tunaikan umrah and melawat Turki (syoknyaa) . Doakan untuk mereka diberikan kesihatan yang baik semoga mereka dapat menunaikan umrah dengan baik  InshaAllah ☺️๐ŸŒน

xoxo NadOthman

Wednesday, December 23, 2015

selamat hari kelahiran Ya Kekasih Allah

Alhamdulillah esok (23hb Dis 2015) bersamaan 12 Rabiulawal 1437 adalah Hari Kelahiran kekasih Allah, Ya Rasulullah SAW. semua gembira untuk menyambut kelahirannya dan sentiasa mengingati baginda ☺️ 
Jom kita mengetahui latar belakang baginda. Tak kenal maka tak cinta kan. tapi tak melihat baginda pun hati kita telah mencintai nya. Subhanallah.

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab 

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi ุฃูˆู„ูˆุงู„ุนุฒู… [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan 
:
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Wednesday, December 16, 2015

aku yang jahat

semua buruk aku, nampak 

bila aku buat baik ada nak ingat?

ada ka yang nak hargai?

semua benda yang aku buat salah? 

paling berdosa sekali aku lah!!

terima kasih sebab buat aku berfikir panjang harini๐ŸŒน

Monday, December 14, 2015

wedding 2015

Assalamualaikum wbt

sekarang ni kan musim cuti so banyak lah wedding sana sini, ampa pun mesti sibuk attend kenduri kawan la , anak makcik bedah punya kenduri la , kenduri pak tam kawen lagi ka, macam macam la kan. hehe 

on this year 2 orang member baik aku kawen. eton wedding bulan 9 and kinah bulan 12 haritu. Alhamdulillah dalam aku sibuk keja pun dapat jugak p kenduri depa. sorang kat serembang lagi sorang kat melaka. 

Bila lagi nak jumpa depa and member2 yang lain kan. dekat situ lah boleh buat reunion pun, nasib lah laki masing masing sporting and bukan sombong punya orang. layankan saja kepala hotak kami ni. 

So sekarang tinggal lagi 4 orang belum kawen tapi sorang dah bertunang . InshaAllah bulan 8@9 attend kenduri dia pulakk . ๐Ÿ˜‚☺️

 Eton's wedding
    




At kynot's wedding






nadoth
                

Wednesday, September 16, 2015

memaafkan dan dimaafkan

salam malaysia day! 


Harini aku cuti so feel free nak update blog aku. yes aku dah keja Alhamdulillah rezeki Allah. walaupun keja tak lah berapa gah tapi sekadar menimba pengalaman sementara nak dapat yang lebih baik. almaklumlah ekonomi kita pun bukan baik sangat kalau memilih sangat pun apa pun tadokk. anyway aku nak mnyembang ni bukan lah pasai keja aku tapi nak cakap pasai maaf sorry miyane etc. kalau ang nak hidup bahagia and tenang cubalah belajaq untuk memaafkan orang. walaupun perkara yang kecil. dari situ kita dapat kawal and merendahkan ego kita, tak salah pun kalau ego kita tu sampai ke kaki, bukanlah nak suruh orang pijak kepala kita but just try to be nice ☺️ aku rasa tak salah pun. aku tak kata lah aku ni baik sangat tapi aku memang tak pandai nak berdendam and sometimes kawan aku kata aku ni bodoh sebab mintak maaf walaupun aku tak buat salah. aku diajaq untuk meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang. biarlah hidup ni tanpa ada rasa dendam, sebab apa? Kita nak hidup lama dan nak bawak ke akhirat kelak tak mau lah nanti ditanya macam2 kan. dosa dah berguni guni tambah pulak nak campur dosa yang kecik kecik macam ni lagi lah tak mau aku. if kekadang pun aku rasa tak tenang selagi aku tak mintak maaf. mana nak tau esok kita kembali kepadaNya kan Allahuakbar!


p/s: aku nak amik kesempatan untuk memohon maaf kalau aku ada buat salah penulisan aku kurang enak atau percakapan aku mengguruskan hati ampa mihin maaf ye ๐Ÿ˜‡☺️ 

xoxo nadothman