Friday, September 7, 2012

yuna in hOmecOming !

salam and hye there !


serius ! yuna nak datang penang?
buat konsert di penang?
kat penang times square pada 10/11/12 
tak lama ja lagi tu
aq nak pi..! aq nak pi..!
haha jadi gila sat
aq memang big fan YUNA ni
rasa rugi pulak kalau tak pi, selalu buat kat KL bukan dapt pi pun
ni dah alang2 dekat penang, aq takkan lepaskan peluang ni haha
(excited terlebih plak)
minggu depan (11-13/09) diorang ada buat roadshow kat USM
(sapa nak tempah mai kat aq) haha 
senang sikit aq nak beli tiket 

10 nOvember pun tarikh dia memang kena sangatlah, time tu pun aq tengah mid-break ! 
walaweyhh ~~~
insya-ALLAH dapat pergi :)

xoxo:NADIAOTHMAN

2013

Salam and Hye there ~~
Masuk yang ni aq dah buat entry yang kedua untuk hari ni
Okay untuk entry ni, bagi aq best kot haha
Sebenarnya takdak apa sangatlah juz aq happy bila dengar khabar2 yang menggembirakan
(ayat campoq sikit harap fahamlah ya)

ramai kawan aq dah plan nak menamatkan zaman bujang pada tahun 2013
tahun ni pun ada jugak, 2 tahun akan datang pun ada jugak

dalam tahun ni aq dengar ika nak tunang and mungkin tahun depan dia akan kawin
wow ! best gila
mesti pakwe dia yang tak sabar2 dah tu hehe

then kak nadia pula rancang tahun ni ataupun tahun depan
harap2 tahun depanlah.. boleh aq jadi dayang intan payung coz cuti sem :)
tu pun kalau dia buat bulan 2 (hope so)

pipah pulak aq tengok kdua2 family dah bagi green light and hari tu status kata mungkin tahun depan
ermm apa cita? betoika tahun depan cik pah oi :)
kalau betoilah aq tumpang gembira

adik niesa kita pula mungkin lagi 2 tahun
tu pun dah dapat green light gak tu
adik oi ko nak langkah bendul ea, kawin dulu sebelum akak ye hehe
(kawin lah adik oi akak takdak calon lagi, lain macam hang tu dah ada :) )

dah lepaih adik, eton pun duk kata 2 tahun lagi nak bertunang..
bagus..bagus..bagus... hehe
dia pun dah lama couple so baguslah cepat2lah bersatu padu hehe

chan kyn sorang tu aq tak tahulah
kakak dia dah nak bertunang tahun depan, dia tak tahulah
bukan apa diorang dah plan, nak kawin pada hari yang sama :)
kyn, suruhlah baba masuk minang cepat sikit hehe

mira pulak mesti tunggu buah hati dia habis belajar baru kawin kot
tu pun tak lama je lagi tu
tup2 dapat kad kenduri mira and **** hehe

last and but not least my ex roommate
nied aka keding hehe (jangan marah nied)
ko bila nak kawin? bertunang ka? haha
suruh anak2 ikan ko masuk minang cepat



yang semua nama2 kat atas ni baru kawan sekolej aq belum sekolah, U, tadika
haha kalau nak mentioned penuh la entry ni
apa-apa pun aq happy dengar berita member2 aq nak kawin ni
tak lupa juga tahniah ! untuk kawan2 aq yang dapat baby tahun ni !
anak korang memang tomey2 belaka :)

aq pulak.. kawin? lambat lagi kot...
jawapan dia coz calOn takdak ..elek...
haha...susah kot nak cari lelaki yang betol2 nak kat kita terima diri kita ni
kawan ramai tapi yang nak kearah serius tu belum ketemuk lagik ya buk
(hamboih teruk bunyi tu haha)

orang kata kalau masuk U senanglah cari ja kat U 2 ramai
ramai apa, aq tak nampak pun haha
mungkin aq ni jarang kot nak cakap2 ngan laki
kalau nak hangout pun semua gugurl ja




ramai yang kata suruhlah ibu atau ayah aq carikan
hmm.. aq kena hentam lagi adalah
awat dah gatai sangat kah nak kawin...(ayat ibu aq. haha)
bukan gatai pun ibu saja nak melawak :)
apa2 pun biarlah jodoh tu sampai dengan sendiri
malaih aq nak pikir
jodoh and ajal terletak ditangan tuhan, so aq tawakal ja :)
dOakan aq ye hehehe

xoxo: NADIAOTHMAN


22 not 12

salam and hye there !
okay berkenaan dengan title diatas, that is 22 not 12
that means aq dah umur 22 y/O and i'm not 12 y/O. got it?
mesti hampa duk tanya apa masalah dia kan..heee
saja nak mentioned umur aq tak salah kan..haha

okay cerita dia macam ni since rayalah. 
kalau pi rumah sedara atau rumah kawan-kawan ayah
mesti diorang tanya ni anak last ka? ni darjah berapa? dah habis belajar? bla..bla..bla..
aq dah penat! adik2 aq semua pakat duk gelak kat aq (kan dah keluaq utara)
yalah mana taknya aq kakak sulong yang kawan2 ayah aq pi tanya aq ni darjah berapa?? what??
(gelak sat, hahaha)
kalau berdiri depan cermin tiga2 orang lagilah
memang bahan utama aqlah, aq kakak pun depa buat aq macam adik2 depa pulak =..=

time kawan ayah aq mai rumah tu lagilah
aq hidang air, depa duk tanya yang mana satu belajaq kat U?
ayah tunjuklah aq, depa kata kecik ni yang belajaq kat U
adoai sabar jelah, aq hanya mampu tersenyum menahan malu
dahlah anak makcik tu pun tak percaya aq ni belajaq kat U
nasib badan =.=

jiran aq lagi best
syok2 aq duk sapu kat luaq, nampak ja dia keluaq aq senyum la
memandangkan dia jarang balik rumah dia tu aq segan sikit lak nak cakap banyak
tetiba dia tanya,
makcik: "sekarang dah darjah berapa?" 
aq kata la : "saya dah habis belajar makcik.."
makcik: "la yaka makcik ingat adik kamu tadi" 
pandai betOi makcik buat lawak kan, macam aq kata tadi dia jarang balik rumah dia, so dimaafkanlah

lagi satu story bila aq pi aktiviti anjuran sekolah adik aq
masa pendaftaran, waris kena pi daftarlah kan
aq berdiri ja belakang ibu aq sementara nak tunggu ibu aq daftar
then cikgu tu panggil, 
cikgu: "pelajar daftar kat sini ya.."
aq: "bukan2 ...(dengan reaksi nak gelak+ confused+ geram..) haha
cikgu: " ni kakak ea, sorry2 " 
cikgu tu pun gelaklah, dia punya ingat aq ni student dia
haha.. aq pun tak leh nak kata apa 
tak nampak aq punya pakai jubah..kan dah nampak matured kot, still ingat aq sekolah rendah lagi T_T

banyak lagi incident lawak kalau aq cerita 
tak masuk kat kolam renang lagi..tapi tu tak payah cerita lah
jumpa dengan budak2 sekolah rendah and menengah jangan cakaplah
jadi bahan hiburan lOrh apa lagi, tambah2 budak lelaki macam nak kena hempuk ja 
tapi yang best ada kawan2 aq kata muka aq tak berubah still maintain macam darjah dua yang dulu haha
tak habis2 darjah..darjah
aq dah besar lah 22 tahun! :)

apa-apa pun aq still bersyukur dengan apa yang ALLAH beri kat aq
ALLAH dah jadikan aq macam ni dan aq bersyukur sesangat 
kalau ada orang duk tanya darjah berapa,
 aq kena sabar jelah and SMILE :)

ibu and ayah aq pun kata baguihlah awet muda 
muka tak makan dik usia kan.. 
semua orang duk kata darjah2 kat aq semua tu bagaikan doa gak tu
sebab tu aq duk maintain ja hahah
(perasan sat)...^_^


xoxo: NADIAOTHMAN


Wednesday, September 5, 2012

doa - doa :)


Doa untuk memudahkan sebarang urusan:




Maksudnya:

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.



Doa ketika dukacita dan sedih:




Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.



 

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


sekadar berkongsi
selamat beramal :)

xoxo:NADIAOTHMAN

Tuesday, September 4, 2012

tAk tAhu kEnApA ?!

Dimulakan dengan 

hye uOlls !

Ermm aq tak tahulah kenapa ngan aq ni

hampa pernah tak rasa hati macam tak tenang, berdebar2 ? ? 

perasaan macam ni aq akan rasa kalau time nak presentation atau nak dekat exam je lah

tapi sekarang bukannya time nak amik exam ke wat presentation ke

pelik tOl aq, tak suka betOllah! mungkinkah perkara buruk akan berlaku kat diri aq ni?

rasa macam nak menangis pun ada, menjerit,

Aih macam2 lah. pening kepala aq nak pikiaq.

still tak berapa tenang walaupun dah baca ayat2 suci 

apa yang tak kena ngan aq ni, Ya Allah 

semOga perasaan ni hilang serta merta cOz aq tak larat nak tanggung lagi 


xoxo:NADIAOTHMAN





jOm nyanYi sekali !


Aku suka dia
Tapi aku tak tahu untuk
Bilang kepadanya bila aku suka
Jatuh cinta kepadanya
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Dia cinta yang pertama
Dia yang bisa membuat aku
Merasa deg-degan berdebar di dada
Diam saat mengingatnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Aku yakin diriku
Nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku cinta kepadaku
Dan kita akan jadian

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya




xoxo:NADIAOTHMAN

hati perempuan terlalu sensitif ~~


1. Bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang di benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

13. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

14. jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

15. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

16. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

17. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

18.  Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

19. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

20. Senjata wanita adalah airmata!! 

21. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

22. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

33. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 


sekadar berkongsi maklumat hihihi...
:)